CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5987|Reply: 0

Damok sedih beralih ke gelanggang ARRC

[Copy link]
Post time 18-1-2024 03:11 PM | Show all posts |Read mode

DAMOK terpaksa melupakan hajatnya berlumba dalam kelas Moto3 saingan MotoGP selepas tiada tempat bersama ZK Racing musim ini.

PELUMBA negara, Syarifuddin Azman kemungkinan akan beralih ke perlumbaan Kejua­raan Motosikal Asia (ARRC) selepas tempatnya dalam Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi kelas Moto3 tertutup rapat.

Biarpun ada usaha untuk memastikan Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok kekal bersaing bagi musim ke­duanya di pentas MotoGP, namun pe­ngurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin mengakui pihaknya berdepan beberapa kekangan.

Isu kekangan penajaan turut menjadi masalah selepas rakan penaja mereka tidak berani membuat pelaburan selain turut mengharapkan keputusan setimpal daripada apa yang mereka keluarkan.

Damok ketika dihubungi mengakui sedih dengan berita tersebut, namun dalam erti kata lain terpaksa menerima dengan hati terbuka.

“Sudah semestinya saya sa­ngat kecewa kerana tidak mampu meneruskan perlumbaan dalam kelas Moto3. Semua tahu, ini tahun pertama saya dalam kelas Moto3, jadi saya pasti memerlukan masa untuk tampil dengan baik.

“Saya cuba untuk kembali ke JuniorGP, tetapi ZK Racing me­ngakui mereka tiada kemam­puan ke arah tersebut terutama soal penajaan.

“Jadi, saya terpaksa akur dan perlu mencari perlumbaan lain selepas ini,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Damok turut mengakui, ada beberapa pasukan masih berminat untuk mendapatkan khidmatnya terutama dalam perlumbaan ARRC musim ini.

“Benar ada beberapa pasukan di ARRC, tetapi saya masih belum buat keputusan. Mungkin pada akhir bulan ini atau bulan depan baru boleh bagi keputusan sebelum menandatangani kontrak baharu.

“Soal kategori juga belum dibuat lagi, tetapi perbincangan awal setakat ini berlangsung posi­tif,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ke-gelanggang-arrc/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064609 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list