CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5805|Reply: 0

[Pulau Pinang] Warga emas didakwa memandu secara berbahaya, sebabkan kemalangan 3 motosikal

[Copy link]
Post time 18-1-2024 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Warga emas didakwa memandu secara berbahaya, sebabkan kemalangan 3 motosikal


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



Tan Leuk Le mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan memandu kereta secara melulu dan berbahaya. FOTO MIKAIL ONG




Georgetown: Bekas kerani dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jenayah, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga merempuh tiga motosikal di Jalan Bukit Gambir, dekat sini tahun lalu.

Tan Leuk Ley, 76, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Mengikut pertuduhan wanita warga emas itu didakwa memandu kereta jenis Perodua Myvi dengan kelajuan berbahaya menyebabkan kemalangan membabitkan tiga motosikal.

Ia membabitkan lima penunggang dan pembonceng berusia antara 15 hingga 40 tahun.





Ibu kepada tiga cahaya mata itu didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut kira-kira jam 2.15 petang di Jalan Bukit Gambir di sini pada 27 November lalu.

Tertuduh didakwa melakukan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali dan tertuduh diwakili peguam, Dev Kumaraendran.

Pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan namun Dev memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya mengalami kolesteatoma (ketumbuhan dalam telinga) sejak 2002 sehingga hilang pendengaran pada telinga kanan.

"Anak guam saya pernah dibedah tiga kali dan masih perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang dan hospital swasta.

"Anak guam saya juga seorang pesara yang dahulunya berkhidmat sebagai kerani di IPK Pulau Pinang selama 30 tahun dan mempunyai pendapatan pencen RM1,800 sebulan.

"Tertuduh kini dijaga anak perempuannya sejak kematian suami 10 tahun lalu," katanya menambah tertuduh yang hadir sendiri ke mahkamah memberi kerjasama baik kepada pihak polis sepanjang tempoh ini.

Mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 untuk kesemua pertuduhan bersama dengan seorang penjamin dan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dalam kes tersebut.

Mahkamah turut menetapkan 8 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Media pada 27 November lalu melaporkan lima individu cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di laluan arah Universiti Sains Malaysia (USM) ke Jalan Tun Dr Awang, membabitkan tiga motosikal dan empat kereta.



Disiarkan pada: Januari 18, 2024 @ 12:27pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27769 Replies : 769
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 998 Replies : 2
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 11826 Replies : 191
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25593 Replies : 174
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 909 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 33058 Replies : 241
Staf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
stingerkentotStaf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
Views : 2361 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056766 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list