CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7897|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu sasar sifar jangkitan hawar berdarah, FMD

[Copy link]
Post time 18-1-2024 11:24 AM | Show all posts |Read mode

Pegawai dan anggota JPV sedang melakukan suntikan vaksin ternakan lembu di Jerangau, Dungun. - Foto NSTP/Baharom Bakar

KUALA TERENGGANU: Pemilik digesa membawa ternakan mereka untuk mendapat suntikan vaksin selaras usaha kerajaan negeri memastikan Terengganu bebas ancaman hawar berdarah dan penyakit kuku dan mulut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri menyediakan perkhidmatan vaksin ternakan secara percuma.

"Kerajaan negeri menyasarkan sifar kes penyakit hawar berdarah (HS) dan penyakit kuku dan mulut (FMD) di negeri ini.

"JPV negeri sedang berusaha melakukan suntikan ke atas ternakan di seluruh negeri bertujuan mencapai sasaran kerajaan," katanya.



Sementara itu, Pengarah JPV negeri, Dr Anun Man berkata 33,386 ternakan di seluruh negeri sudah menjalani suntikan vaksin FMD dan HS serta penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) tahun lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 16,004 ekor ternakan disuntik vaksin FMD dan 10,116 (HS) serta 7,226 LSD.

"Atas kesedaran penternak, kes penyakit FMD menurun kepada lima kes tahun lalu berbanding lapan kes pada 2022.

"Tiada kes ternakan menghidap penyakit HS dan LSD selama dua tahun berturut-turut iaitu tahun lalu dan tahun 2022," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -hawar-berdarah-fmd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.306446 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list