CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4942|Reply: 0

[Kedah] 'Setiap malam adik cari mama, abah... cerita kenangan mereka'

[Copy link]
Post time 17-1-2024 07:17 PM | Show all posts |Read mode
'Setiap malam adik cari mama, abah... cerita kenangan mereka'


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my



NURUL Fatin (dua, kiri) dan adik-adiknya ketika menerima kunjungan Dr Taufiq dan Perkeso di rumah mereka di Taman Pahlawan Sungai Petani hari ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman.




Sungai Petani: "Semalam baru adik bongsu saya dapat tidur lena. Jika tak, tiap-tiap malam dia akan tercari-cari mama dan abah," kata Nurul Fatin Hanani Azmi 23.

Nurul Fatin dan empat adiknya menjadi yatim piatuselepas ibu bapa mereka, Mohd Norzianal dan Suhana Othman meninggal dunia apbila motosikal Duke KTM ditunggang mereka melanggar tiang elektrik bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, Khamis lalu.

Anak sulung itu berkata, sejak pemergian mengejutkan itu, adik bongsunya, Adib Ieman, 8, akan memeluk salah satu bantal milik arwah bagi melepaskan kerinduan.

Katanya, dia sebak melihat keadaan adiknya apatah lagi sebelum tidur, Adib sering bercerita mengenai kenangan bersama ibu dan ayah mereka termasuk ketika mereka berkunjung ke Menara Berkembar Petronas kira-kira tiga minggu sebelum kemalangan itu.

"Adik tidur dengan saya, sekarang jadi tempat bermanja. Dia kata mahu ke menara itu sekali lagi, mahu mengingati kenangan bersama mama dan abah," katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Taman Pahlawan di sini, hari ini.

Terdahulu, Nurul Fatin mewakili adik-beradiknya menerima bayaran faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang disampaikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dan turut dihadiri Pengarah Perkeso Kedah, Rak Boon Tan Rat.

Selain Adib Ieman, tiga lagi adik Nurul Fatin adalah Aida Batrisya, 17, Alya Batrisya, 16, dan Adam Irfan, 15.

Nurul Fatin yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Geofizik di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang memberitahu dia akan menyambung cuti selama seminggu lagi untuk menemani adik-adiknya.

Katanya, nenek mereka, Norain Che Lam, 72, kini tinggal bersama mereka.

Sementara itu, Dr Mohammed Taufiq berkata, waris menerima RM4,000 bagi faedah pengurusan jenazah pasangan, selain pencen penakat sebanyak RM1,340 sebulan.

"Kita juga akan pastikan pendidikan anak-anak ini terjamin, pusat khidmat saya juga akan salurkan barang keperluan seperti bakul makanan dan juga kelengkapan sekolah mereka selepas ini," katanya.



Disiarkan pada: Januari 17, 2024 @ 7:03pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.075775 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list