CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7794|Reply: 0

[Sarawak] Beberapa kawasan rendah di Bintulu dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 17-1-2024 01:22 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan APM menjalankan pemantauan di kediaman penduduk di Kampung Baru yang dilanda banjir kilat tengah malam tadi.

BINTULU: Beberapa kawasan rendah di bahagian ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda kawasan terbabit sejak tengah malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (APM) Daerah Bintulu Mohd Johari Mohd Taufik dalam kenyataannya hari ini berkata enam kawasan yang terjejas merupakan Kampung Assyakirin, Sungai Sebatang, Sungai Plan, Kampung Pisang, Kampung Baru dan Kampung Kemunting.

Dalam operasi pemantuan yang dijalankan dari jam 1.23 hingga 3.37 pagi itu, berlaku limpahan air di beberapa kediaman penduduk berkedalaman hingga 1 kaki, namun rumah masih boleh didiami dan tidak memerlukan operasi pemindahan.

"Pihak APM akan terus menjalankan pemantauan serta pemeriksaan dari masa ke masa dan akan melakukan proses pemindahan sekiranya paras air semakin meningkat," ujarnya.

Mohd dalam pada itu menasihatkan penduduk agar melaporkan dengan kadar segera kepada pihak APM sekiranya paras air semakin meningkat dan memerlukan bantuan operasi pemindahan.

Setakat ini katanya, belum ada pusat pemindahan banjir dibuka memandangkan paras air berada dalam keadaan paras berjaga-jaga dan ada yang sudah surut sepenuhnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.050969 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list