CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7772|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki ditemukan maut dengan kesan tusukan di muka, leher

[Copy link]
Post time 17-1-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode


Seorang lelaki ditemui mati dengan tusukan di muka dan leher di hadapan sebuah pondok bangunan di Taman Tunku sekitar jam 9.30 pagi pada Sabtu lalu.

MIRI: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tusukan pada muka dan leher di hadapan sebuah pondok bangunan di Taman Tunku pada Sabtu lalu, sekitar jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu yang mengesahkan kes itu, memberitahu lelaki berkenaan ditemui terbaring oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

"Hasil pemeriksaan di kawasan tersebut telah menemukan seorang lelaki terbaring di atas tanah dengan beberapa kesan tusukan pada muka dan leher mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Susulan daripada kejadian tersebut, BSJD IPD Miri ujarnya, telah menahan seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan.

Kes itu telah diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana ia akan mengganggu siasatan.

Individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan insiden tersebut diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan atau menghubungi ASP Dorairajah di talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.052433 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list