View: 4842|Reply: 2
|
[Tempatan]
Pengarah (Mohd Khairianwar Jailani), penerbit (Tan Meng Kheng) Mentega Terbang didakwa di mahkamah. #2, Pengarah Mentega Terbang didakwa ‘melukakan perasaan agama orang lain’
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 17-1-2024 03:13 AM
Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah
https://www.malaysiakini.com/hiburan/693402
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jan 17, 2024 9:31 AM⋅
Dikemaskini: 10:37 AM
Pengarah dan penerbit filem kontroversi “Mentega Terbang” didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Khairianwar Jailani dan Tan Meng Kheng didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan melukakan perasaan agama seseorang.
Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Khairianwar (atas) didakwa melakukan kesalahan itu selaku pengarah dan penulis skrip filem itu pada 26 Feb tahun lalu.
Manakala Tan didakwa melakukan kesalahan itu atas kapasitinya sebagai penerbit filem kontroversi itu pada tarikh yang sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah Mentega Terbang didakwa ‘melukakan perasaan agama orang lain’
https://www.freemalaysiatoday.co ... n-agama-orang-lain/
Faisal Asyraf - 17 Jan 2024, 10:34am
Khairi didakwa “melukakan perasaan agama orang lain”, dalam peranannya sebagai pengarah dan penulis skrip untuk filem itu.
Khairi Anwar Jailani bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.
KUALA LUMPUR: Pengarah Mentega Terbang, filem “indie” tempatan yang diharamkan, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan “melukakan perasaan agama orang lain”.
Khairi Anwar Jailani mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Khairi didakwa “melukakan perasaan agama orang lain”, dalam peranannya sebagai pengarah dan penulis skrip untuk filem itu.
Kesalahan didakwa dilakukan pada 26 Feb 2023, 12.34 tengah hari di Diamond Regency, Jalan Semarak Api 2, 53000 Kuala Lumpur.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam N Surendran dan Zaid Malek.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin selain melarangnya mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes terbabit sepanjang perbicaraan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Mac.
|
|
|
|
|
|
|
|
Movie ni pasal apa sebenarnya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|