CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22780|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pasangan kekasih terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang selepas bertengkar

[Copy link]
Post time 15-1-2024 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan kekasih terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang selepas bertengkar

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
15 Januari 2024 10:28pm




Pasangan kekasih yang menaiki sebuah kereta dipercayai bertengkar sebelum terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada malam Isnin. Gambar kanan: Kedua-dua mangsa terselamat dan dibawa ke Jeti Batu Uban dengan menggunakan bot nelayan.




GEORGE TOWN - Sepasang kekasih terselamat selepas kedua-dua mereka terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada malam Isnin.

Sebelum itu, kedua-dua mereka yang menaiki sebuah kereta dipercayai bertengkar.



Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrul Munawer Taharen berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.49 malam.

Menurutnya, kejadian berlaku di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari pusat bandar ke Perai.



"Kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 30-an menaiki sebuah kereta Honda Civic dan dikatakan telah bertengkar. Pertengkaran itu berlarutan sehingga di kawasan hentian di atas jambatan.
"Akibat daripada pertengkaran itu, kedua-dua mangsa telah terjatuh ke dalam laut. Ketika itu, ada seorang lelaki di lokasi kejadian telah terjun untuk menyelamatkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, pada masa yang sama, sebuah bot nelayan turut berada di lokasi mangsa terjatuh.

"Kedua-dua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam (lelaki terbabit) yang terjun itu. Lelaki berkenaan telah membawa mangsa untuk naik ke atas bot nelayan yang lalu dibawa ke Jeti Batu Uban.


"Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 8.35 malam," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.077511 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list