CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9023|Reply: 0

[Perlis] 'Raja Dadah' warga Malaysia miliki aset kira-kira RM190 juta

[Copy link]
Post time 15-1-2024 03:30 PM | Show all posts |Read mode
'Raja Dadah' warga Malaysia miliki aset kira-kira RM190 juta


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



SUSPEK ‘Raja Dadah’ warga Malaysia yang ditahan di Laos dalam operasi bersama dengan Thailand. FOTO AGENSI




Kangar: Nilai aset seorang rakyat Malaysia digelar sebagai Raja Dadah yang ditahan di Laos pada 29 Disember lalu dianggarkan sekitar RM190 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Kamarudin Md Din berkata, pihaknya juga pernah menahan suspek yang berusia 41 tahun dan berasal dari Perak itu mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) sebelum ini.

"Untuk makluman, kita pernah mengambil tindakan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) ke atas dia (Raja Dadah) malah kita juga pernah membuat rampasan (aset) suspek pada peringkat awal penahanannya sebelum ini.

"Sebahagiannya sudah pun kita lucutkan hak dan ada yang kita sudah pulangkan semula (kepada suspek) dan nilainya, jika tidak silap saya, dalam RM190 juta," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di IPK Perlis, di sini, hari ini.

Kata beliau, pihaknya belum lagi meneliti impak kegiatan penyeludupan dadah yang berlaku, terutama di sempadan Malaysia, selepas tertangkapnya suspek di Laos.

Namun, katanya, polis sentiasa mengambil tindakan menyeluruh ke atas aktiviti terbabit.

"Malah, pada tahun ini, dengan kejayaan pembanterasan penyeludupan dadah di Perlis ini, kita akan lipat gandakan usaha untuk memastikan tiada lagi dadah yang cuba diseludup masuk daripada negara jiran ke Malaysia.

"Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan biarkan kes ini selesai dahulu di Thailand dan kemudian, baharulah kita akan melihat semula sama ada suspek ini akan diekstradisi atau sebaliknya.

"Buat masa ini, kita belum lagi ada perancangan terhadap langkah berkenaan," katanya.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan, seorang rakyat Malaysia yang dikehendaki di Thailand ditahan di Laos ketika sedang bersembunyi di negara berkenaan bagi membantu siasatan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah.

Pihak berkuasa Thailand melaporkan, suspek menggunakan negara itu sebagai lokasi aktiviti pengubahan wang haram dan sebagai transit untuk penyeludupan dadah ke Malaysia, Taiwan dan Australia.

PDRM mengesahkan, suspek turut disenarai hitam selepas disyaki menjadi dalang sindiket pengedaran dadah di kawasan Segi Tiga Emas membabitkan Myanmar, Laos dan Thailand sejak 2006.




Disiarkan pada: Januari 15, 2024 @ 2:47pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.259401 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list