CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7036|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perkhidmatan funikular Bukit Bendera dihentikan sementara 13 Mac ini

[Copy link]
Post time 15-1-2024 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Perkhidmatan funikular Bukit Bendera dihentikan sementara 13 Mac ini

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
15 Januari 2024 02:32pm




Perkhidmatan funikular Bukit Bendera akan dihentikan sementara pada 13 Mac ini.




GEORGE TOWN - Perkhidmatan furnikular Bukit Bendera akan dihentikan sementara bermula jam 6.15 pagi hingga 2 petang pada 13 Mac ini.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataannya berkata, penutupan sementara itu bagi membolehkan pemeriksaan khas ke atas struktur landasan funikular dijalankan.



"Perkhidmatan akan disambung semula pada jam 2 petang atau lebih awal jika pemeriksaan tamat lebih awal.

"Pemeriksaan ini dijadualkan untuk tiga tarikh iaitu 13 Mac, tarikh seterusnya adalah untuk penyelenggaraan dwi-tahunan pada bulan Jun. Untuk pemeriksaan khas pula, kita akan umum kemudian," katanya pada Isnin.



PBBPP berkata, pemeriksaan berasingan adalah penting untuk memastikan penilaian menyeluruh terhadap integriti dan keselamatan landasan.

"Landasan funikular berusia 100 tahun iaitu struktur buatan manusia yang bersejarah telah menjadi tulang belakang funikular selama lebih satu abad, memerlukan pemeriksaan berkala untuk memastikan ia terus memenuhi piawaian keselamatan selain dapat menyokong sistem funikular untuk memberikan perkhidmatan seperti yang diperlukan," katanya lagi.

Tambah PBBPP, pemeriksaan penting itu bertujuan untuk mengekalkan standard keselamatan perkhidmatan furnikular Bukit Bendera dan memelihara warisan funikular yang luar biasa.
"PBBPP akan menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas keseluruhan sistem funikular, termasuk landasan dari semasa ke semasa.

"Ia bertujuan untuk menentukan kerja-kerja kejuruteraan penyelenggaraan dan menaik taraf yang diperlukan bagi memastikan semua aspek sistem funikular berada dalam keadaan terbaik untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk dan pengunjung," katanya.

PBBPP turut memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan menghargai kerjasama pengunjung.








"PBBPP sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan menghargai kerjasama dan kefahaman orang ramai.

"Dalam masa yang sama, PBBPP berusaha untuk mengekalkan perkhidmatan dan standard keselamatan yang tinggi di Bukit Bendera," katanya.

Orang ramai boleh memperolehi maklumat terkini di media sosial PBBPP iaitu Facebook - Penang Hill dan Instagram / X (Twitter) - mypenanghill.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.289746 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list