CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6597|Reply: 2

[Kedah] Harga sepiring ayam goreng kunyit RM20?

[Copy link]
Post time 15-1-2024 02:12 PM | Show all posts |Read mode
Harga sepiring ayam goreng kunyit RM20?


Oleh Hamzah Osman - Januari 15, 2024 @ 1:09pm  [email protected]




Pelanggan kedai makan mendakwa dikenakan caj keterlaluan apabila sepiring ayam goreng kunyit berharga RM20 di Pantai Chenang, Langkawi. - Foto FB




LANGKAWI: Seorang pelanggan kedai makanan di Pantai Chenang, di sini, terkejut apabila dicaj RM20 untuk hidangan sepiring ayam goreng kunyit.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial dikenali Hada Jais, ayam goreng kunyit berharga RM20, nasi putih RM3 dan air kosong RM1 dengan harga keseluruhan makanan dipesannya RM24.

"Patutlah orang luaq (luar) kata Langkawi mahai (mahal), hampa (kamu) rasa baloii (sepadan) ka kena harga camni? nasi putih RM3, ayam goreng kunyit bodoh camtu saja sorang makan RM20, ais kosong RM1 naya kena RM24.

"Tu gambaq (gambar) kedai aku dah snap (ambil) tengoklah kat mana area Chenang jangan hampa (kamu) terkena sudah," katanya katanya dalam hantaran di Facebook yang kini tular.

Pada masa sama, pengadu terbabit meminta netizen jangan mengecamnya kerana membuat hantaran itu di media sosial susulan rasa tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan untuk sepiring ayam goreng kunyit dipesannya.

Resit itu kini tular di media sosial sejak semalam.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, isu ini sudah sampai ke pengetahuan KPDN dan siasatan sedang dijalankan.

"Saya sudah mengarahkan pegawai penguatkuasa membuat siasatan dan jika ada kes kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan bawah peraturan sedia ada," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2024 02:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2024 11:03 PM | Show all posts
KPDN keluar notis kepada peniaga ayam goreng kunyit RM20 di Langkawi

15 Januari 2024 10:18pm



Laporan Sinar Harian




ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap seorang peniaga makanan yang didakwa menjual ayam goreng kunyit pada harga RM20 sepinggan di premisnya di Pantai Chenang, Langkawi.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, pada hari ini dan peniaga terbabit perlu mengemukakan maklumat berhubung penyediaan hidangan makanan itu dalam masa dua hari bekerja.



"KPDN telah mengesan hantaran yang tular di media sosial berkenaan perkara itu yang melibatkan sebuah kedai makan di Jalan Pantai Chenang, Langkawi.
"Siasatan telah dijalankan di premis yang diadu, (pegawai penguatkuasaan) telah berjumpa dengan pemilik premis...pemeriksaan menyeluruh di dalam premis mendapati buku menu disediakan kepada pelanggannya.



"Memang tercatit harga RM20 untuk ayam goreng kunyit...jadi dalam kes ini ada dipaparkan harga,..tapi kita bagi NPMB dulu tengok pengesahan dia, peniaga perlu menunjukkan nilai atau kos dengan harga makanan itu," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, pengguna perlu sentiasa menyemak harga dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 memberikan hak kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat berhubung sesuatu barangan termasuk hidangan makanan sebelum membuat pesanan.

Sebelum ini, seorang pelanggan membuat hantaran di Facebook melahirkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj RM20 untuk sepinggan hidangan ayam goreng kunyit.




Individu terbabit turut memaklumkan,beliau terpaksa membayar RM24 untuk keseluruhan hidangan dipesannya, iaitu sepinggan ayam goreng kunyit (RM20) sepinggan nasi putih berharga RM3 dan air kosong (RM1).

"Patutlah orang luaq (luar) kata Langkawi mahai (mahal), hampa (anda) rasa baloii (berbaloi) kena harga ini? Nasi putih RM3, ayam goreng kunyit seorang makan RM20, air kosong RM1, naya kena RM24," katanya dalam hantaran itu yang tular sejak semalam. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.368445 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list