CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5427|Reply: 0

[Kedah] ‘Mak dan ayah di mana, adik rindu sangat-sangat’

[Copy link]
Post time 15-1-2024 12:00 PM | Show all posts |Read mode

FATIN HANANI (kanan) dan adik-adiknya melihat Adib Iman (dua dari kanan) memeluk bantal busuk apabila teringat arwah ibu dan bapanya (gamabr kecil) di Taman Pahlawan, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – “Adik bongsu saya masih sukar untuk menerima kenyataan ibu dan ayah sudah tiada apabila dia sering tercari-cari dua insan kesayangan kami itu terutama ketika hendak tidur.”

Menurut Fatin Hanani Mohd. Norzianal, 23, dia dan tiga ­adik­nya iaitu Aida Batrisya, 17; Aliya Batrisya, 16, dan Adam Irfan, 15, sudah boleh menerima pemergian ibu bapa, Mohd. Norzianal Mohd. Ainol, 46, dan Suhana Othman, 43.

“Cuma adik bongsu kami, Adib Iman, 7, yang masih tercari-cari ibu dan ayah terutama ketika hendak tidur kerana selalunya adik akan memeluk ‘bantal busuk’ sambil didodoikan ibu.

“Dia juga sering bertanya sebaik bangun tidur ke mana ibu dan ayah pergi kerana telah beberapa hari tidak lagi tidur bersamanya,” katanya ketika ditemui di rumah disewa arwah bapanya di Taman Pahlawan, di sini semalam.

Katanya, adik bongsunya itu sememangnya manja dengan ibu, selain baru berhenti menyusu badan pada tahun lalu.

“Adik memang lewat berhenti menyusu dan dia agak sukar untuk tidur jika tidak dipeluk ibu,” ujarnya.

Fatin Hanani yang merupakan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, dia akan memastikan semua adik-beradiknya tinggal bersama.

“Saya akan memikul tanggungjawab ini sambil dibantu ahli keluarga lain untuk membesarkan adik-adik dan sama sekali tidak akan berpisah,” jelasnya.

Katanya, dua hari selepas kejadian, adik lelakinya, Adam Irfan menerima tawaran penempatan di sebuah sekolah tahfiz di Su­ngai Siput, Perak.

“Walaupun pihak pengurusan berjanji untuk menanggung semua kos di sana tetapi saya menolaknya secara berhemah kerana ingin berada bersama mereka dan tidak mahu berpisah.

“Biarlah susah senang kami akan tinggal sebumbung kerana sebagai anak sulung saya sanggup memikul tanggungjawab membesarkan mereka,” katanya.

Jelasnya, buat masa ini, mereka tinggal di rumah sewa tersebut dan dijaga nenek, Norain Che Lam, 72.

“Mungkin selepas ini kami akan balik dan tinggal bersama nenek di rumah yang dibeli arwah ibu di Taman Kempas (Sungai Petani).

“Sekarang saya perlu menghabiskan pengajian di USM untuk tempoh tiga semester lagi sebelum dapat membuat keputusan selanjutnya,” katanya.

Kosmo! Online pada Jumaat lalu melaporkan, lima beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut selepas motosikal dinaiki me­rempuh tiang elektrik berdekatan

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini pada awal pagi, Khamis lalu.

Kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal jenis Duke KTM, Mohd. Norzianal mahu mengelak seekor babi yang melintas.

Kemalangan mengakibatkan Mohd. Norzianal dan isterinya, Suhana maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... indu-sangat-sangat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.140742 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list