CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14715|Reply: 0

[Sarawak] MDS adakan program pembersihan 1 hingga 7 Februari

[Copy link]
Post time 14-1-2024 06:55 PM | Show all posts |Read mode


SARIKEI: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Majlis Daerah Sarikei (MDS) akan mengadakan program pembersihan membabitkan kawasan kediaman di sekitar bandar ini.

Program ini dijadualkan bermula pada 1 hingga 7 Februari, jam 8 pagi hingga 5 petang.

Sehubungan itu, kerjasama semua penduduk amat diharapkan dalam menjayakan kempen ini dengan membantu pihak kontraktor memunggah barang buangan yang ingin dilupuskan ke dalam lori yang telah disediakaan oleh pihak MDS.

Antara barangan tersebut adalah seperti perabot lama, barang-barang usang, peralatan dapur yang telah rosak dan lain-lain lagi.

Sampah seperti bahan binaan, batang kayu atau dahan pokok bagaimanapun dikecualikan daripada pengutipan pada kempen ini.

Pada masa yang sama, jadual program pembersihan ini boleh dilihat di laman sesawang https://sarikeidc.sarawak.gov.my.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.316672 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list