CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14734|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari berjaya letak Sarawak sebagai negeri membangun, makmur: Tiang

[Copy link]
Post time 14-1-2024 06:07 PM | Show all posts |Read mode


TIANG

SIBU: Kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah berjaya meletakkan Sarawak sebagai sebuah negeri yang membangun dan makmur.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, dengan semangat keberanian dan kebijaksanaan, Abang Johari telah membolehkan Sarawak berjaya mengharungi cabaran pandemik COVID-19.

"Kita berpegang teguh dengan komitmen kita untuk menuntut semula hak dan status kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Buat pertama kali dalam 60 tahun pembentukan Persekutuan Malaysia, MA63 akhirnya termaktub dalam Perlembagaan kita," katanya dalam catatan di Facebooknya malam Jumaat bagi memperingati ulang tahun ketujuh Abang Johari memegang jawatan Premier Sarawak.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, dengan berpandukan pandangan Abang Johari, Sarawak kini semakin maju dalam ekonomi hijau.

"Semoga Tuhan memberkati anda dan menjaga anda sentiasa," katanya.

Hari ini (13 Januari) genap tujuh tahun Abang Johari sebagai Premier Sarawak yang keenam.

Sepanjang tempoh tujuh tahun lalu, pelbagai rancangan pembangunan telah dilaksanakan oleh Abang Johari.

Ini termasuk usaha berterusan untuk mengangkat Sarawak kepada status berpendapatan tinggi menjelang 2030.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.097364 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list