CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5866|Reply: 0

[Sarawak] PADU: 99,145 rakyat Sarawak sudah daftar setakat 11 Jan

[Copy link]
Post time 14-1-2024 05:20 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUCHING: Kira-kira 99,145 atau bersamaan 5.1 peratus warga Sarawak telah mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat 11 Januari 2024.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sarawak berkata bagi penduduk Sarawak, mereka boleh hadir ke kaunter PADU yang dibuka di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) dan juga Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak yang berhampiran mulai 2 Januari 2024.

“Pengemaskinian secara online boleh dibuat di laman web PADU, www.padu.gov.my.

“Info terkini berkaitan PADU boleh dilayari melalui laman media sosial rasmi PADU, Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) atau DOSM Sarawak sama ada melalui platform Facebook, Instagram dan X,” kata jabatan menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jabatan berkata pegawai DOSM juga akan berada di kaunter PEDI terpilih untuk membantu dalam pengemaskinian PADU.

Sebarang info berkenaan kaunter terpilih akan diuar-uarkan melalui hebahan secara Info On Wheel oleh Jabatan Penerangan Malaysi  Sarawak dan Media DOSM Sarawak (Facebook, Instagram dan X).

Untuk rekod, Kerajaan Malaysia telah melancarkan satu platform tunggal dikenali sebagai sistem PADU yang bertujuan menjadi sumber primer kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar.

Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu membuat pengemaskinian maklumat isi rumah dan profil individu di sistem PADU.
Sementara itu pada tahun ini DOSM akan menjalankan Banci Pertanian.

Katanya maklumat lanjut berkenaan Banci Pertanian ini boleh dilayari melalui portal rasmi Banci Pertanian, https://www.myagricensus.gov.my. Tema Banci Pertanian pada kali ini adalah “Banci Pertanian, Kunci Kemajuan Pertanian.”

“DOSM telah melancarkan OpenDOSM NextGen sebagai medium yang menyediakan katalog data dan visualisasi.

“Ia bagi memudahkan pengguna menganalisis pelbagai data. OpenDOSM NextGen ialah platform perkongsian data sumber terbuka dan boleh diakses melalui portal https://open.dosm.gov.my,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.058244 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list