CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5431|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki dicekup disyaki terlibat pengedaran dadah di Miri

[Copy link]
Post time 14-1-2024 05:18 PM | Show all posts |Read mode


Dadah yang berjaya dirampas hasil tangkapan seorang suspek lelaki tempatan.

MIRI: Seorang lelaki tempatan diberkas di tepi jalan Tudan, di sini petang pada Selasa selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak kira-kira jam 5.45 petang.

“Semasa pemeriksaan fizikal dijalankan, pasukan serbuan menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis Syabu berjumlah 876.27 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah tersebut dianggarkan jumlah bernilai RM28,859,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Alexson berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

“Berhubung tangkapan dan rampasan ini juga, turut disita adalah wang tunai dan seutas rantai emas dianggarkan jumlah bernilai RM14,261.40.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Alexson menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.170109 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list