CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2265|Reply: 0

[Terengganu] Kelab amatur Terengganu bergaduh: 3 pemain, pegawai ditahan polis

[Copy link]
Post time 14-1-2024 04:02 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar klip video memaparkan insiden pergaduhan dua kelab amatur Terengganu di Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Tiga pegawai dan pemain bola ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan melibatkan dua kelab amatur Terengganu yang di Komples Sukan Terengganu, Kuala Nerus kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an terbabit ditahan kelmarin bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, tiga lelaki telah ditahan bagi membantu siasat dan saya percaya akan ada lagi tangkapan berhubung kes sama pada masa terdekat.

“Mereka sedang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya selepas menyerahkan kenderaan lucut hak kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan aksi dua kelab amatur dalam Liga Bolasepak Terengganu (TFL) dicemari aksi pergaduhan sehingga seorang pegawai NAG FC, Ronny Irwan Husni, 46, tercedera pada bahagian kepala.

Dalam insiden pada pukul 4.15 petang tersebut, mangsa cedera pada bahagian kepala, muka, mata dan beberapa anggota badan lain sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini untuk menerima rawatan.

Video pergaduhan dua kelab amatur tersebut yang berdurasi 43 saat tersebut telah tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... awai-ditahan-polis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.043992 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list