CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5592|Reply: 0

[Pulau Pinang] Makmal komputer Kampus Kejuruteraan USM terbakar

[Copy link]
Post time 14-1-2024 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Makmal komputer Kampus Kejuruteraan USM terbakar


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 14, 2024 @ 11:56am  bhnews@bh.com.my




Anggota bomba menunjukkan keadaan makmal komputer yang musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. - Foto ihsan PGO JBPM Pulau Pinang




NIBONG TEBAL: Sebuah makmal komputer musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 10.10 pagi sebelum pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Zaki Sabri dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal itu turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Sungai Bakap.


Sebuah makmal komputer musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini. - Foto ihsan PGO JBPM Pulau Pinang






"Kebakaran itu menyebabkan kira-kira 60 peratus bahagian bilik makmal komputer terbabit musnah dengan keluasan bangunan dianggarkan 2.78 meter persegi panjang dan 2.78 meter persegi lebar.

"Api dapat dikawal pada jam 10.41 pagi dan tiada individu menggunakan makmal tersebut ketika kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.066377 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list