CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18992|Reply: 0

[Terengganu] JPJ kesan individu miliki 40 motosikal disyaki 'untuk disewa'

[Copy link]
Post time 13-1-2024 03:43 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin (dua kanan) memeriksa kenderaan curi dinaiki warga asing semasa Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Warga Asing (Ops PEWA) di Ibu pejabat JPJ Terengganu hari ini. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengesan seorang individu tempatan yang disyaki menjalankan kegiatan sewaan kenderaan kepada warga asing.

Ini berikutan individu terbabit dipercayai mempunyai 40 motosikal pada satu masa, dan didakwa menyewakan kenderaan itu kepada warga asing antara RM350 dan RM500 sebulan.

Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yassin, berkata hasil semakan mendapati kesemua motosikal itu didaftarkan atas nama individu berkenaan.

Menurutnya, kegiatan itu dikesan melalui Operasi Pemandu Warga Asing (Ops Pewa) selama dua hari bermula semalam selepas warga asing yang ditahan mendakwa menyewa motosikal daripada individu berkenaan.



"Kita masih menyiasat termasuk mengesan individu itu untuk diambil keterangan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

"Dalam Ops Pewa itu, sebanyak 66 motosikal dan 13 kereta dipandu warga asing disita atas pelbagai kesalahan," katanya kepada media, hari ini.

Ops Pewa turut disertai 50 pegawai dan anggota penguatkuasa JPJ dan 20 anggota Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Imigresen negeri.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, sebanyak 567 kenderaan dinaiki warga asing diperiksa dalam operasi yang berakhir hari ini di mana 80 kenderaan diambil tindakan, manakala 284 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan.

Menurutnya, seramai 116 warga Myanmar, Bangladesh (16), Pakistan (dua), Kemboja (satu) dan tiga (Indonesia) diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

"Dalam operasi ini, kita turut merampas dua motosikal yang dilaporkan hilang dinaiki warga asing berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... isyaki-untuk-disewa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.197423 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list