CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2383|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penduduk di Bayan Lepas mula terima bekalan air

[Copy link]
Post time 13-1-2024 11:31 AM | Show all posts |Read mode

Penduduk di beberapa kawasan di Bayan Lepas menerima bekalan air secara berperingkat mulai malam tadi.

BALIK PULAU – Pengguna air di daerah Barat Daya terutama di kawasan Bayan Lepas, dilaporkan mula menerima bekalan air malam tadi, selepas berdepan gangguan air berjadual sejak Rabu lalu.

Difahamkan, setakat pukul 7 pagi tadi, kita-kira 80 peratus pengguna di kawasan berkenaan sudahpun mendapat bekalan air secara berperingkat mulai pukul 8 malam semalam.

Ketika ini, lokasi yang masih tiada bekalan adalah di apartmen Mutiara Perdana, perumahan flat Asoka, Akasia, Nuri dan Kejora serta di beberapa kawasan di Bukit Belah.

Bagaimanapun, 100 peratus pengguna di daerah Timur Laut telah menerima bekalan air berperingkat sejak kelmarin.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan, pengguna-pengguna di kawasan di bawah Tahap 2 pemulihan bekalan air telah mendapat bekalan dan kini pihaknya berusaha untuk memulihkan bekalan kepada 99.5 peratus daripada 590,000 pengguna bermula pukul 6 pagi tadi.

“Ia melalui pengepaman optimum air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke Pulau Pinang.

“PBAPP kini menumpukan usaha memulihkan bekalan air di daerah Barat Daya terutama di kawasan hujung paip agihan dan tempat tinggi.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 590,000 atau lebih 80 peratus penduduk Pulau Pinang akan berdepan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Januari lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan di LRA Sungai Dua.

Semalam, PBAPP memaklumkan satu lagi kebocoran telah dikesan di saluran paip dasar Sungai Perai kira-kira pukul 10 pagi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... terima-bekalan-air/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055968 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list