CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16493|Reply: 0

[Perlis] Keputusan status pengislaman anak Siew Hong: MAIPs mungkin buat rayuan sekali lagi

  [Copy link]
Post time 12-1-2024 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Keputusan status pengislaman anak Siew Hong: MAIPs mungkin buat rayuan sekali lagi


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



MOHD Asri. FOTO arkib NSTP




Kangar: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mungkin membuat rayuan sekali lagi bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan status quo agama Islam tiga anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong yang ditukar secara sebelah pihak oleh bekas suaminya, Muhammad Nagashwaran Muniandy.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ramai menganggap keputusan itu adalah satu kekalahan buat Perlis namun ia bukanlah kekalahan kepada pentadbir agama Islam di Perlis.

"Kita tidak kalah, kita sudah memainkan peranan kita sehinggalah kepada keputusan Mahkamah Rayuan itu yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mengekalkan status quo agama Islam (tiga anak kepada Loh Siew Hong) itu.

"Mahkamah Rayuan kata status quo Islam itu dinafikan dan budak-budak itu tidak Islam pada sisi mahkamah, kita tidak mahu ulas (keputusan) mahkamah itu termasuk (penilaian) hakim itu termasuk hakim yang beragama Islam itu.

"Apa yang bermain dalam pemikiran mereka (hakim) kita tidak tahu, cuma apa yang ada apa MAIPs adalah kita mungkin usaha buat rayuan lagi lawan di satu peringkat lagi dan ini adalah senario dari sudut undang-undang," katanya ketika menyampaikan kuliah hariannya menerusi laman rasmi ProMedia Tajdid semalam.

Katanya, dari sudut manusia, apabila seseorang itu datang untuk Islam dan pengislamannya itu bukanlah paksaan mana-mana pihak maka sah Islamnya itu.

"Islam tidak pernah memaksa sesiapa untuk memeluk Islam dan dalam hal ini, bapa kanak-kanak itu yang datang bawa kepada kita di Perlis dan bukannya kita yang cari dan di sisi jumhur ulama, kanak-kanak yang sudah (usia) 10 tahun, faham Islam dan menganut Islam maka dia dikira Islam.

"Namun dalam hal ini, kita tidak tahu sejauh mana dakwaan mereka (terhadap pengislaman kanak-kanak dan remaja ini) kerana kita sudah memainkan peranan dan budak-budak itu mungkin setahun dua lagi usianya akan menginjak kepada usia 18 tahun, jika Allah mengkehendaki kebaikan pada mereka maka mereka akan ingat Islam yang pernah diajar kepada mereka lalu mereka berhak memilih agama ini," katanya.

Beliau berkata, dalam hal ini, pihaknya tidak pernah berasa kerugian kerana ia adalah satu perjuangan.

"Setengah orang kata Perlis sudah kalah, ini bukan main bola, ini soal maruah bagi umat Islam dalam negara ini dan ini bukan masanya untuk berbalah, masanya adalah untuk kita bersatu menyatakan hal ini, bukan isu mufti saja yang harus bertanggungjawab, semua kita mesti bersuara.

"Islam adalah perkara yang ada pada dada seseorang, jika dia Islam dan betul (haluan) Islamnya, di sisi Allah juga dia adalah Islam, tiada perlembagaan, kad pengenalan mahupun pendaftarannya tidak akan dapat menentukan pengislamannya melainkan akidahnya dan kita berjuang dalam hal ini agar orang lain di kemudian hari dapat menganut agama Islam ini," katanya.

Sementara itu, Pas Perlis menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah sebagai mengejutkan dan satu tamparan besar buat umat Islam di negara ini.

Ketua Penerangan Pas Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, meskipun akur dengan keputusan itu, Pas Perlis menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu tamparan besar buat umat Islam di dalam negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan negara ini.



Disiarkan pada: Januari 12, 2024 @ 6:47pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.055579 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list