View: 13786|Reply: 18
|
[Politik]
Ketua Dewan Ulama PAS akhirnya mengaku ada ahlinya tidak senang dengan Sanusi
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 12-1-2024 01:57 PM
PAS mengakui ada sesetengah ahli parti itu tidak senang dengan kegiatan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, aktif melayan sesi karaoke secara dalam talian sehingga ke lewat pagi.
Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Yahya, parti itu ada menerima pelbagai teguran malah sesetengah ahli menganggap Sanusi sebagai melakukan dosa besar.
Kata Ahmad, PAS menyambut baik sikap ditunjukkan ahli terbabit kerana ia melambangkan mereka sayang kepada parti dan berani menegur pemimpin.
"Saya sendiri menerima pelbagai pandangan dan saya pun baca komen-komen dalam media sosial.
"Ada komen mungkin bersifat teguran, ada komen yang mungkin marah, sampai ke peringkat menganggap ia sebagai dosa besar," katanya semasa menyampaikan ucapan dalam program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Kedah, baru-baru ini.
Klip ucapan Ahmad itu bagaimanapun hanya tular hari ini.
Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, ahli parti terasa tidak wajar Sanusi melayan anak muda menyanyi sedangkan mereka sendiri diminta bermunajat, qiamullail, berzikir dan seumpamanya.
"Sedangkan (ada) pemimpin berkaraoke," tambahnya.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata PAS menerima segala teguran ahli terhadap tindakan Sanusi itu dan akan menelitinya.
"Mungkin apa yang dilakukan oleh datuk seri menteri besar (Sanusi) pada satu sudut kita rasa kurang selesa, masing-masing rasa mungkin tak boleh buat begitu... sampai tengah malam.
"Mungkin ada yang anggap (tindakan) begitu, tak sesuai. Jadi, saya kira seperti yang disebut yang berhormat bahawa parti akan urus macam mana tetapi pandangan datuk menteri besar tadi juga perlu untuk ada pertimbangan di pihak kita," katanya.
Ahmad juga menekankan langkah diambil Sanusi berkesan untuk menarik golongan tertentu untuk mendekati PAS.
Sebelum ini, kata Ahmad, kumpulan yang mengikut tokoh agama tertentu sudah dapat ditarik kepada parti bagi menambah kekuatan sedia ada.
"Tetapi di sana ada lagi sasaran dakwah yang perlu untuk kita terus dekati mereka, dan mereka ini tidak hadir kuliah-kuliah ilmu.
-Malaysiakini
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
"Tetapi di sana ada lagi sasaran dakwah yang perlu untuk kita terus dekati mereka, dan mereka ini tidak hadir kuliah-kuliah ilmu."
Dan dan kaitkan karaoke tengah malam dengan dakwah. Lobai betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mmg tak bawak imej lebai, dia serupa mcm geng2 mat sabu dulu tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 12-1-2024 04:31 PM
"Tetapi di sana ada lagi sasaran dakwah yang perlu untuk kita terus dekati mereka, dan mereka ini ti ...
Kalo semua dakwah tazkirah iteww dilakukheun hanya disemejid surau....gimana pulak premise such as karaoke lounges ..mereka yg berada disana...saper nak tazkirahkheunz?
Giteww ler lebih kurang fahamannyer....jika kita tak boleh mengajak mereka ke surau...kita bawak risalah agama iteww pada mereka dimana jua mereka berada....
Boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Perwira2022 at 12-1-2024 11:18 PM
Tiba-tiba bajingan-bajingan pencacai PH pentaksub penjenayah seksual tak bermoral menjadi terpaling juara akhlak wakakakakaka |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
pelaqqqqqqqq |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by laqoyah at 13-1-2024 03:02 AM
...........power bottom?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lepas melalak bertahajud kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
stingergrumpy replied at 12-1-2024 10:04 PM
Kalo semua dakwah tazkirah iteww dilakukheun hanya disemejid surau....gimana pulak premise such as ...
Pada aku, boleh saja klu kita nak husnuzon kata sanusi berdakwah melalui sessi karaoke awal2 pagi tu.
Tapi masalah dia, bila opponents pas buat benda yg sama, terus kena kutuk jahil, liberal, berdosa etc. Seolah2 hanya parti pas saja yg berdakwah. Org lain buat jadi maksiat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by airfilterkotor at 13-1-2024 09:45 AM
Parti bertunjuangkan 'nama' isele. (bukan ajaran)
Bilamana tingkah laku pembesar parti amat berlawanan dan tidak mencerminkan nama isele (tunjangan parti) maka.... hadap jer laa.
Pada masa sama, tak sedor dah bawa aib pada isele itu sendiri.
Parti isele (hanya pada nama) ini tak lebih sekadar kenderaan tunggangan demi secangkir nafsu dan habuan dunia.
Kalau tidak, masakan boleh keluar dalil berdakwah dengan ajnabi jam 2 pagi? (2 pagi ehh..?) |
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 12-1-2024 04:31 PM
"Tetapi di sana ada lagi sasaran dakwah yang perlu untuk kita terus dekati mereka, dan mereka ini ti ...
Wpun aku nyampah umgok pkr dap bersatu tp aku lg nyampahhhhhhhhhhhhhhh pas pis pus...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg ex abim joget2 ngn 'mgr' pakai kalung bunga pn blh jd pm... Nk terkejut apa.. Sbb dia pas? Sbb ko da set kn kt otak pas kn alim berdakwah.. Pki jubah serban bagai.. Kose ak.. Klu dah namanya org mmg la buat salah... X kira la sp ko pmx ke Sanusi ke.....politician pulak tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa la yg fitnah habib nusi ni.. bukankah tuan habib nusi sedang berdakwah melalui karaoke pada waktu tengah malam atau pun qiyamukara'oke |
|
|
|
|
|
|
|
career politician..... |
|
|
|
|
|
|
|
knp tiap kali kantoi serupa begitu ada alasan 'berdakwah', sblm ini penjilat tegar ustaz badrul amin kena tangkap khalwat di pahang begitulah alasan macai2 bagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni cuba hampa semua join tiktok live karok nusi tu. Siap ada break untuk tazkirah 30 minit tau... :lol |
|
|
|
|
|
|
| |
|