CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21463|Reply: 0

[Sarawak] ATM Agro Bank di Pejabat Daerah Pantu kini beroperasi sepenuhnya

[Copy link]
Post time 11-1-2024 08:12 PM | Show all posts |Read mode


Snowdan (kanan) dan Langgong semasa meninjau ATM Agro Bank di Pejabat Daerah Pantu, baru-baru ini.

SRI AMAN: Penduduk di daerah Pantu kini boleh menarik nafas lega setelah kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) milik Agro Bank kini telah beroperasi sepenuhnya di Bangunan Pejabat Daerah Pantu.

Dengan adanya kemudahan berkenaan akan memberi kemudahan kepada penduduk untuk melakukan transaksi pengeluaran wang dan sebagainya.

Ini kerana sebelum ini penduduk di kawasan ini terpaksa ke Sri Aman dan Serian sekiranya hendak membuat transaksi pengeluaran dan menyimpan wang.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan berkesempatan meninjau kemudahan berkenaan yang telah beroperasi pada pertengahan bulan lalu.

Snowdan menjelaskan, kemudahan ini akan memudahkan penduduk.

Mengiringi lawatan beliau ialah Pegawai Daerah Pantu Langgong Wasan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051227 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list