CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9321|Reply: 0

[Pulau Pinang] PBAPP berusaha pulih kebocoran paip di dasar Sungai Perai

[Copy link]
Post time 11-1-2024 06:52 PM | Show all posts |Read mode
PBAPP berusaha pulih kebocoran paip di dasar Sungai Perai


BERNAMA



AKMAL Nasrullah (depan dua, kiri) meninjau kerja-kerja penggantian injap kawalan yang bocor di Loji Rawatan Air (LRA) PBAPP Sungai Dua di sini hari ini. FOTO Bernama



Butterworth: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang berusaha memulihkan kebocoran pada saluran paip di dasar Sungai Perai bagi memastikan pengguna yang masih terjejas dengan gangguan air memperoleh semula bekalan mengikut tempoh ditetapkan.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ketika ini hanya kerja-kerja pembaikan di lokasi terbabit yang belum selesai daripada keseluruhan 22 lokasi pembaikan sampingan yang dilakukan PBAPP di seluruh negeri itu, tetapi ia sudah mencapai tahap 50 peratus.

Beliau berkata kerja pembaikan utama membabitkan penukaran dua injap berdiameter 1,200 milimeter (mm) di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua telah siap malam tadi, lebih awal daripada yang dijadualkan.

"Kebocoran itu berlaku di bawah dasar sungai, jadi mereka (PBAPP) terpaksa menggunakan penyelam untuk membuat kerja baik pulih sebab itu ia mengambil sedikit masa.

"Ketika ini memang PBAPP sedang berusaha sebaik mungkin dan saya yakin ia dapat diselesaikan mengikut tempoh dirancang.

"Menurut PBAPP setakat ini 60 peratus merangkumi 350,000 akaun pengguna sudah dipulihkan, jadi saya berharap yang selebihnya itu dapat bersabar kerana garis waktu yang ditetapkan untuk bekalan pulih sepenuhnya adalah 96 jam," katanya selepas mengadakan tinjauan kerja-kerja penggantian injap kawalan dan kerja pembaikan sampingan di LRA Sungai Dua di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Anthony Santiago.

Akmal Nasrullah berkata SPAN sudah meluluskan permohonan kerja pembaikan di LRA Sungai Dua dan kerja penyelenggaraan sampingan berjadual kepada PBAPP pada 12 Disember lalu, selaras garis panduan pengurangan pemberhentian bekalan air di bawah Seksyen 54 dan Seksyen 55 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Beliau berkata kerja itu perlu dilaksanakan kerana ia telah menjejaskan operasi pengepaman air terawat di LRA dan menyebabkan kehilangan kadar air tidak terhasil yang tinggi.

PBAPP sebelum ini memaklumkan, sebanyak 590,000 pengguna di seluruh Pulau Pinang terbabit dengan gangguan bekalan air berjadual bermula 6 pagi semalam hingga 6 pagi Ahad ini bagi memberi laluan kepada kerja penggantian dua injap di LRA Sungai Dua serta kerja sampingan di 22 lokasi lain di seluruh negeri ini.

Sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam, manakala 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.



Disiarkan pada: Januari 11, 2024 @ 6:22pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063252 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list