View: 5509|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pengawal keselamatan didakwa rogol kekasih umur 14 tahun
[Copy link]
|
|
Seorang pengawal keselamatan berusia 23 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: Pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol kekasih berusia 14 tahun pada Mei 2021.
Tertuduh berusia 23 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol remaja berusia 14 tahun tiga bulan di Kampung Banggol Lepah, Ketereh di sini, jam 5 petang pada Mei 2021.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh memohon supaya dibenarkan ikan jamin kerana dia perlu menanggung keluarga.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sejumlah RM3,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 14 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kasih-umur-14-tahun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|