CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5024|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tempoh PdPR akibat gangguan air di P. Pinang tidak dilanjutkan

[Copy link]
Post time 11-1-2024 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Fadhlina (tengah) ketika sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda, Jalan Tengah, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi semua sekolah di Pulau Pinang yang bermula semalam susulan gangguan bekalan air berjadual tidak akan dilanjutkan dan akan berakhir esok.

Jaminan berhubung perkara berkenaan dimaklumkan Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan susulan tahap pemulihan bekalan air di seluruh negeri ini khususnya di kawasan Seberang Perai yang beransur pulih.

“PdPR hanya sampai esok, seperti mana yang dimaklumkan baru-baru ini. Insyallah, bekalan air pulih sepenuhnya,” katanya ringkas.

Beliau ditemui pemberita selepas selesai sesi lawatan kerja Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda, hari ini. Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Sebelum ini, Wan Sajiri berkata, semua sekolah di Pulau Pinang kecuali pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti akan menjalani sesi PdPR susulan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari, bermula 10 Januari.

Katanya, pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah susulan peperiksaan yang telah dijadualkan.

Terdahulu, media melaporkan 590,000 akaun pengguna PBAPP bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 96 jam, sehingga 14 Januari susulan kerja pembaikan paip segera di LRA Sungai Dua. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -tidak-dilanjutkan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.890157 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list