CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25150|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penduduk lega injap utama LRA Sungai Dua siap diganti

  [Copy link]
Post time 10-1-2024 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk lega injap utama LRA Sungai Dua siap diganti


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Penduduk Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini, menahan air di tangki pada hari pertama gangguan bekalan air berjadual yang dijangka berterusan sehingga Ahad. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: "Memang kita lalui hari sukar sepanjang tempoh gangguan bekalan air tetapi banyak hikmah yang dapat dilihat.

"Antaranya, penduduk saling membantu terutama golongan muda tolong angkut air ke rumah penduduk yang lebih tua."

Begitu kata surirumah, Fatimah Abdullah, 58, penduduk Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini, berkata dia terpaksa mengangkut sendiri air ke tingkat 10 ketika anaknya tiada di rumah kerana bekerja.

Katanya, kira-kira jam 5 petang, penduduk difahamkan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) bahawa tangki air di flat berkenaan semakin susut dan dijangka bertahan sehingga jam 10 malam ini.

"Berikutan itu, saya bersama penduduk yang berkelapangan turun ke aras bawah yang menempatkan dua tangki air.

"Gembira apabila lihat golongan muda ringan tangan membantu pada saat sukar ini kerana hanya ada tiga lif yang berfungsi, memang sukar hendak angkut air," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Suhana Abdul Rahim, 53, berkata penduduk lega apabila mendengar kejayaan kerja pembaikan paip di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Du yang berjalan lancar.

"Diharap masalah air ini tidak berterusan dan kembali seperti biasa dengan segera.

"Di PPR ini, terdapat juga ibu tunggal serta penduduk berstatus orang kurang upaya (OKU) yang sukar bagi mengangkut sendiri air di aras bawah," katanya di sini.

Dilaporkan kira-kira 590,000 penduduk Pulau Pinang berdepan gangguan bekalan air berjadual bermula hari ini sehingga Ahad bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan di LRA Sungai Dua.



Disiarkan pada: Januari 10, 2024 @ 11:16pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.055031 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list