CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21906|Reply: 4

[Tempatan] Dana publisiti: Ismail Sabri bagi keterangan hampir 5 jam

  [Copy link]
Post time 10-1-2024 10:39 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan berhubung perbelanjaan dana RM700 juta untuk tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu.

Selain Ahli Parlimen Bera, SPRM turut mengesahkan memanggil isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Abdul Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid dan dua anaknya Muhammad Amin Zainuddin dan Muhammad Amir Zainuddin di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan mereka.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, keterangan ketiga-tiga ahli keluarga tokoh konglomerat ini diambil bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan di luar negara yang berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta terkait dengan siasatan terhadap Daim.

“SPRM ingin menjelaskan bahawa satu Notis telah diserahkan kepada Daim di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 pada 7 Jun 2023 manakala Notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 juga telah diserahkan kepada ahli keluarga beliau.

“Sebagaimana yang telah dinyatakan pada Kenyataan Media SPRM bertarikh 30 Disember 2023 yang lalu, siasatan terhadap Daim telah bermula pada Februari 2023 berdasarkan pendedahan serta maklumat daripada Kertas Pandora,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, siasatan terhadap aset milik Daim juga masih terus berjalan. -UTUSAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 11:17 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 10-1-2024 11:29 PM

Betapa kejam dan Bengisnya SPRM terhadap Pahlawan Melayu ini ...

Apakah mereka lupa jasa besar Ismail Sabri ...pahlawan  pejuang serta  pembela bahasa melayu agar lebih bermartabat sehingga bukan saja menjadi bahasa rasmi ke dua di ASEAN  tetapi juga menjadi bahasa utama di dunia ...







Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 12:17 AM | Show all posts
nusaraya replied at 10-1-2024 11:17 PM
Betapa kejam dan Bengisnya SPRM terhadap Pahlawan Melayu ini ...
Apakah mereka lupa jasa besar Isma ...

Nak jadi mundur cam negara kamu? Pejuang bahasakah besok nak jawab interview bila anak2 kamu nak minta kerja di syarikat konglomerat...? Bila anak2 bangsa x mampu  bersaing di peringat international .....tercicir mereka ni kah bakal kasi RM 5000 sebulan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sial betul la  bapok tua kaki jubo ni.habis smua bekas piyem dia pergi buat musuh..jadi piyem pun sebab nak balas dendam ja. Bab jaga negara mmg gagal total la.  Aku langsung X menyesal  sbb x sokong piyem gila tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 11:00 AM | Show all posts
PM tebuk atap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.064382 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list