CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21045|Reply: 0

[Sarawak] BDA akan atasi masalah perparitan di Hock Lee Garden

[Copy link]
Post time 10-1-2024 09:58 PM | Show all posts |Read mode


Pang (kiri) mendengar penerangan daripada Mangga.

BINTULU: Seksyen Kesihatan Alam Sekitar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan menangani masalah aliran air tersekat dalam sistem perparitan di Hock Lee Garden, Jalan Sultan Iskandar di sini, yang ditumbuhi rumput dan sekali gus membawa kepada pembiakan nyamuk.

Aduan permasalahan itu diterima daripada penduduk perumahan itu baru-baru ini yang bimbang dengan pembiakan nyamuk serta kesihatan penduduknya.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang dan Pengurus Seksyen Kesihatan Alam Sekitar BDA Mangga Nyuyang telah turun padang meninjau sistem perparitan serta keadaan kawasan perumahan tersebut pada Selasa.

"Pada petang ini, kita telah meminta pegawai Seksyen Kesihatan Alam Sekitar BDA untuk meninjau permasalahan itu dan meminta agar tindakan segera untuk membersih parit tersebut," kata Pang di sini pada Selasa.

Beliau berkata, melalui tindakan itu diharap masalah penduduk di perumahan tersebut akan dapat diselesaikan.

Katanya, isu longkang tersumbat dihadapi penduduk Hock Lee Garden itu disebabkan rumput yang tumbuh meliar sehingga mengakibatkan air bertakung di kawasan itu sehingga membawa kepada pembiakan nyamuk.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.052651 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list