CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3413|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita sarat mengandung, suami ditahan seludup 10kg ganja mampat

[Copy link]
Post time 10-1-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode

Rodzi (tengah) menunjukkan ganja mampat dirampas dalam pikap dinaiki pasangan suami isteri. - NSTP/ ZULIATY ZULKIFFLI

JITRA: Seorang wanita sarat mengandung ditahan bersama suaminya selepas cuba 10 kilogram (kg) ganja mampat dengan menyembunyikan bahan terlarang itu pada ruang kosong bawah tempat duduk penumpang kenderaan jenis pikap yang dinaiki.

Wanita berusia 35 tahun yang dijangka melahirkan anak sulung 21 Januari ini dan suaminya, 34, ditahan di kawasan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam jam 11.50 malam Ahad lalu, selepas taktik digunakan mereka dikesan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pemeriksaan dalam pikap jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand itu menemukan ruang kosong bawah tempat duduk penumpang belakang yang kemudian disahkan mengandungi 10 balutan plastik lutsinar mengandungi ganja seberat 10kg.

Selain itu, katanya, kenderaan itu juga didapati sudah diubah suai tangkinya seperti biasa digunakan penyeludup petrol.


"Kita percaya dadah itu dibawa masuk melalui negara jiran untuk dipasarkan di kawasan utara Semenanjung.

"Berdasarkan semakan, lelaki itu mempunyai lapan rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan dua kesalahan jenayah, manakala isterinya mempunyai tiga rekod kesalahan dadah.

"Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati kedua-duanya positif dadah jenis ganja," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, hari ini.

Rodzi berkata, semakan juga mendapati pasangan berasal dari Kangar, Perlis itu sering masuk ke negara jiran setiap bulan menggunakan pas sempadan.

Nilai dadah dirampas adalah RM32,000 dan pasangan terbabit kini direman sehingga 14 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
https://www.bharian.com.my/berit ... p-10kg-ganja-mampat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062312 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list