CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20185|Reply: 0

[Pulau Pinang] PBAPP perlu siapkan penggantian injap dalam tempoh 24 Jam - Chow

  [Copy link]
Post time 9-1-2024 11:14 PM | Show all posts |Read mode
PBAPP perlu siapkan penggantian injap dalam tempoh 24 Jam - Chow


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my





Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (empat dari kanan) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan (kanan) meninjau kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1.2 meter di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di sini. FOTO DANIAL SAAD




Butterworth: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) diminta mengutamakan tiga perkara dalam senarai tugas berhubung gangguan bekalan air berjadual (SWSI) yang bermula esok.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata PBAPP mesti menyiapkan penggantian dua injap kawalan 1,200 milimeter di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, serta 22 projek penyelenggaraan pencegahan lain dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, ini bermakna menjelang 6 pagi pada Khamis, semua gangguan pulih seperti biasa.






"Melainkan jika berlaku kemalangan besar, kita mahu PBAPP berpegang kepada sasaran bekalan air empat peringkatnya sendiri seperti yang dihebahkan sebelum ini.



"PBAPP juga diminta menyiarkan sekurang-kurangnya tiga kemas kini setiap hari tentang kemajuan kerja dan proses pemulihan bekalan air.

"Mereka perlu mengeluarkan siaran media massa mengikut keperluan dan melaporkan isu serta cabaran.


"Jika akan berlaku kelewatan PBAPP harus mengumumkannya dengan segera," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke LRA Sungai Dua, di sini, hari ini.

Chow berkata, beliau percaya PBAPP paling layak di Pulau Pinang untuk melaksanakan kerja air awam segera demi kepentingan rakyat dalam jangka masa panjang.

Media sebelum ini melaporkan kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air selama 96 jam.

Ia susulan PBAPP terpaksa menghenti tugas LRA Sungai Dua bagi kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1,200 milimiter (mm) yang mengalami kebocoran.



Disiarkan pada: Januari 9, 2024 @ 10:44pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.056509 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list