CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20491|Reply: 0

[Kedah] SPRM reman penyelia tapak pembinaan kes rasuah RM5,000

[Copy link]
Post time 9-1-2024 10:57 PM | Show all posts |Read mode
SPRM reman penyelia tapak pembinaan kes rasuah RM5,000


Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Januari 9, 2024 @ 6:57pm  hifzuddin@bh.com.my




Penyelia keselamatan tapak pembinaan dibawa pegawai SPRM untuk mendapatkan perintah tahan reman di Mahkamah Majistret hari ini.




ALOR SETAR: Seorang penyelia keselamatan tapak pembinaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit kes meminta dan menerima rasuah bagi membatalkan kompaun dikeluarkan sebuah agensi penguat kuasa di Kedah.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 11 malam semalam, ketika hadir untuk dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kedah.

Ia tangkapan kedua membabitkan kes sama selepas penahanan penolong pegawai tadbir berusia lingkungan 30-an semalam.

Sumber berkata, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini, sebelum perintah reman enam hari sehingga 14 Januari terhadapnya dikeluarkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif.

"Suspek ditahan kerana dipercayai bersubahat dengan penolong pegawai tadbir yang disyaki meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM5,000 daripada sebuah syarikat pada 2022.

"Wang berkenaan sebagai balasan bagi membatalkan kompaun dikeluarkan agensi penguat kuasa terhadap syarikat berkenaan atas kesalahan ketiadaan Perakuan Pematuhan Standard (PPS) untuk bahan binaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Soock Wee Ei Tem ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058013 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list