CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19323|Reply: 0

[Sarawak] Pemuda rompak, tunjuk kemaluan kepada gadis dipenjara 24 bulan, kena dua sebatan

[Copy link]
Post time 9-1-2024 10:29 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh (kiri) diiring pihak penjara keluar dari kamar Mahkamah Sesyen selepas dijatuhkan hukum.

KUCHING: Padah merompak seorang gadis berusia 23 tahun dan menunjukkan kemaluan terhadap mangsa semasa kejadian, seorang pemuda dipenjara 24 bulan dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Iris Awen Jon memerintahkan hukuman penjara bagi pesalah muda berusia 20 tahun itu dikuatkuasakan mulai hari ini.

Beliau memutuskan demikian setelah meneliti fakta dan keterangan kes, mendengar laporan sosial yang dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam dan meneliti penghujahan dikemukakan pihak pendakwaan.

Tertuduh mengaku bersalah sebaik didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh didenda atau disebat jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Februari 2023, sekitar jam 9.15 malam berhampiran sebuah premis di Taman Desa Wira, Jalan Stephen Yong di sini.

Fakta kes mendedahkan mangsa didatangi tertuduh yang menunjukkan kemaluannya sambil meminta wang, membuatkan mangsa panik.

Tertuduh kemudiannya tiba-tiba menarik beg sandang mangsa dan bertindak melarikan diri.

Di dalam beg sandang tersebut terdapat beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan, kad ATM, kad pelajar dan wang tunai RM300.

Mangsa kemudiannya pergi ke balai polis untuk membuat laporan dan hasil siasatan membawa kepada penangkapan tertuduh pada 26 Februari 2023.

Dalam pada itu, mahkamah semasa prosiding turut dimaklumkan bahawa tertuduh pada 25 Mei 2023 diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kuching untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo sehingga berusia 21 tahun.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan pencerobohan jenayah di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, mencabul seorang wanita warganegara asing (Seksyen 354 Kanun Keseksaan) dan mengaibkan kehormatan empat wanita berbeza dengan cara menunjukkan kemaluannya kepada mangsa (Seksyen 509 Kanun Keseksaan).

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian sementara tertuduh tidak diwakili peguam.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.051972 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list