CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18819|Reply: 0

[Sarawak] Wanita warga emas panggil bomba, pintu pagar rumahnya terkunci

[Copy link]
Post time 9-1-2024 10:14 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba menggunakan 'bolt cutter' memotong mangga sehingga pagar dapat dibuka semula.

SIBU: Seorang wanita warga emas terpaksa menggunakan khidmat bomba selepas pintu pagar rumahnya terkunci di Jalan Cempaka di sini pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 9 pagi, wanita berusia 61 tahun itu dikatakan mahu keluar membeli sayur tetapi kunci mangga pagar hadapan rumah tidak dapat ditemui.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral Pegawai Bomba Kanan II Thomson Sumping berkata bomba menerima panggilan jam 9.04 pagi sebelum tiga anggota menaiki EMRS bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut laporan, sebelum itu mangsa berusaha mencari kunci mangga tetapi gagal kerana tidak mempunyai peralatan khas sehingga terpaksa meminta bantuan bomba.

"Bomba menggunakan 'bolt cutter' memotong mangga untuk membuka pintu pagar hadapan. Operasi ditamatkan jam 9.20 pagi," jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.656605 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list