CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7510|Reply: 0

[Terengganu] RM33.3 juta kerugian akibat jenayah komersial di Terengganu tahun lalu

[Copy link]
Post time 9-1-2024 12:40 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Jenayah komersial di Terengganu masih membimbangkan dengan kerugian keseluruhan dicatatkan pada tahun lalu mencecah lebih RM33.3 juta.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kerugian itu meliputi 1,237 kes seperti penipuan ala Macau dan ‘Love Scam’ serta pelaburan tidak wujud.

Beliau berkata, sebanyak 95.7 peratus atau 1,184 daripada kes jenayah komersial yang dilaporkan itu melibatkan penipuan.

“Walaupun kes dilaporkan itu kurang lima peratus berbanding tahun sebelumnya namun jumlah kerugian dicatatkan lebih tinggi.

“Kerugian akibat jenayah komersial di negeri ini meningkat kepada hampir RM9 juta berbanding RM24.38 juta yang dialami pada tahun 2022,” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, berdasarkan trend itu, sindiket penipuan kini didapati semakin berani menyasar untuk mengambil amaun wang yang lebih besar daripada mangsa.

Jelas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kes jenayah komersial terbabit yang masih membimbangkan di Terengganu.

Dalam perkembangan sama, Mazli berkata, pihaknya telah berusaha menangani jenayah komersial tersebut menerusi penahanan 658 individu disyaki suspek kes tersebut sepanjang tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... engganu-tahun-lalu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.053554 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list