CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7132|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lori tangki, tangki air disedia ikut keperluan pengguna

[Copy link]
Post time 9-1-2024 11:44 AM | Show all posts |Read mode

CHOW Kon Yeow (kiri) ketika meninjau tangki jumbo yang disediakan PBAPP bagi menghadapi gangguan air selama empat hari bermula Rabu di pekarangan Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.




GEORGE TOWN: Penggunaan lori tangki dan tangki air statik Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menghadapi gangguan air selama empat hari bermula Rabu ini tidak diutamakan mengikut kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen.

Sebaliknya, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penyediaan lori tangki itu ditentukan atas beberapa faktor antaranya permintaan air dan bilangan pengguna di kawasan perkhidmatan PBAPP.

Selain itu, ujar beliau, faktor lain adalah berkaitan keseluruhan laluan pergerakan lori tangki yang dirancang dan lokasi stesen pengisian semula tangki serta pelan pemulihan perkhidmatan bekalan air.

“Walaupun kami memahami komitmen mereka untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kawasan seliaan masing-masing, namun peruntukan lori tangki dan tangki statik telah dirancang secara seimbang berdasarkan faktor utama ini,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Stadium Bandaraya, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu beberapa ADUN dan Ahli Parlimen yang memohon supaya peruntukan lori tangki atau tangki statik yang lebih baik diberikan kepada kawasan masing-masing dalam menangani isu terbabit.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, PBAPP telah mengumumkan pelan pemulihan perkhidmatan bekalan air empat peringkat yang mana majoriti pengguna air yang terjejas sepatutnya memperoleh bekalan air dalam tempoh tiga hari atau lebih awal.

Sementara itu, katanya, kesemua 99 lori tangki yang akan digunakan ketika gangguan bekalan air berjadual itu telah bersedia untuk digerakkan sepenuhnya.

“Selain itu, semua tangki statik yang telah didirikan telah diisi dengan air. Tangki ini termasuk 97 tangki statik yang didirikan oleh PBAPP.

”Ia termasuk 19 tangki fleksi gajah yang boleh menyimpan sehingga 24,000 liter air setiap satu dan semua tangki lain yang disediakan oleh ADUN dan Ahli Parlimen,” katanya.
https://www.utusan.com.my/berita ... keperluan-pengguna/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.124584 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list