View: 6351|Reply: 1
|
[Tempatan]
Penuhi janji mansuh Akta Hasutan, kerajaan digesa selepas Wan Azri didakwa
[Copy link]
|
|
Penuhi janji mansuh Akta Hasutan, k’jaan digesa selepas Wan Azri didakwa
https://www.freemalaysiatoday.co ... s-wan-azri-didakwa/
FMT Reporters - 08 Jan 2024, 8:35pm
Wan Azri Wan Deris mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat kenyataan berbentuk hasutan terhadap kerajaan. (Gambar Bernama)
Kumpulan hak asasi membuat gesaan itu selepas penulis blog Wan Azri Wan Deris dihadapkan ke mahkamah kerana mendakwa kerajaan ‘pro-Israel dan pro-Barat’.
PETALING JAYA: Kerajaan digesa memenuhi janjinya untuk hanya menggunakan Akta Hasutan 1948 bagi kes provokasi terhadap institusi diraja, susulan pertuduhan terhadap penulis blog, Wan Azri Wan Deris, kerana mendakwa kerajaan “pro-Israel dan pro-Barat”.
Kumpulan hak asasi, Malaysians Against Death Penalty and Torture (Madpat) berkata, pada Julai, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan hanya akan menggunakan akta itu bagi kenyataan berunsur provokatif terhadap raja-raja.
Bagaimanapun, sejak itu Presiden PAS Abdul Hadi Awang; pengarang buku, Kean Wong; dan Wan Azri didakwa mengikut akta berkenaan.
Jurucakap Madpat, Charles Hector, berkata beliau berharap kerajaan tidak mengabaikan janjinya, khususnya ketika timbulnya spekulasi “Langkah Dubai” mutakhir ini.
“Kebimbangan hilang kuasa politik tidak patut menjadi penghalang bagi memansuhkan Akta Hasutan dan semua undang-undang serta peruntukan drakonian.
“Rakyat mengundi anda kerana nilai, prinsip dan janji pembaharuan, tetapi apabila ini diabaikan kerana bimbang hilang sokongan politik, maka rakyat mesti menolak ahli politik dan parti politik seperti itu,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu hari ini, Wan Azri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan membuat kenyataan menghasut terhadap kerajaan.
Dakwaan kerajaan “pro-Israel dan pro-Barat” dikatakan dilakukan dalam satu video di Facebook pada 8 Nov 2023.
Anwar pada Julai lalu berkata Akta Hasutan digunakan ketika kerajaan lemah, dengan memberikan contoh bagaimana bekas perdana menteri Najib Razak pada penggal kedua pentadbirannya gagal memenuhi janji memansuhkan undang-undang berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita hidup kena bermaruah. Jgn jadi penjilat. Sesungguhnya penjilat hamba duit ni kerja paling hina sebagai manusia |
|
|
|
|
|
|
| |
|