CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5459|Reply: 17

[Jenayah] Imigresen, KKM serbu 10 klinik haram, tahan 10 warga Bangladesh menyamar doktor

[Copy link]
Post time 24-1-2025 05:39 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu 10 premis di ibu kota yang disyaki beroperasi sebagai klinik secara haram sejak setahun lalu dan berhasil menahan 10 lelaki warga Bangladesh menyamar sebagai doktor di setiap tempat terbabit.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban, berkata JIM bersama Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan operasi khas terhadap 10 lokasi membabitkan enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu dan satu di Jalan Silang semalam.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 11.45 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa (Farmasi) KKM Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Operasi dibantu pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, operasi ini turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Operasi Imigresen, Jafri Embok Taha; Pengarah Bahagian Perisikan Dan Operasi Khas, Mohamad Anas Mohamad Dzarib; Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mohd Zawawi Abdullah dan Timbalan Pengarah, Cawangan Perisikan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mohd Azaruddin Jais.

"Berdasarkan aduan awam dan maklumat risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi diatur gerak ke lokasi premis perniagaan dan berjaya menahan 10 orang lelaki warga Bangladesh berusia di antara 31 hingga 50 tahun.

"Semakan awal, mendapati seorang yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Sektor Perkhidmatan, enam orang memiliki PLKS Sektor Pembinaan, dua orang tinggal lebih masa, manakala seorang lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini," katanya.

Beliau berkata, pasukan operasi merampas peralatan doktor palsu, ubat-ubatan dan wang tunai RM800 dipercayai adalah hasil rawatan dan jualan ubat.

"KKM juga merampas sebanyak 502 jenis ubat tidak berdaftar dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM265,192.00.

"Warga asing ini disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952, Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Racun (Bahan bahan Psikotropik) 1989, dan Peraturam 7(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.

Zakaria berkata, modus operandi digunakan adalah menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit melalui doktor warga Bangladesh yang tidak bertauliah dengan menyasar warga negara terbabit sahaja.

"Ubat-ubatan yang dijual mereka tidak berdaftar dan tiada kelulusan KKM yang dibawa masuk oleh warga Bangladesh yang datang sebagai pelancong dengan bayaran sebanyak RM200 hingga RM500 setiap seorang.

"Kegiatan ini berselindung di sebalik kedai makan atau kedai runcit bagi mengaburi pihak berkuasa. Bayaran rawatan dan penjualan ubat-ubatan yang dikenakan adalah sebanyak RM50 hingga RM200 bagi setiap pelanggan warga Bangladesh dan dipercayai telah beroperasi selama satu tahun.

"Kesemua warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, dua lelaki warga Bangladesh dan enam wanita tempatan diberi notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

Sumber : - Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai menyamar jadi doktor?  Wah, nampak sangat tak heran dengan polis sini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
"Apa saiya salah abang..bukan ini negara MALAYSIA BOLEH,SEGALANYA DIPERMUDAHKAN ka"???-Bangla
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 24-1-2025 09:55 AM

Sial bangla warga asing ni suma. Benci betul meols tempat meols pun tiber hada Banglas seblom ni Pukistan ja warga Asia Selatan merata di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiber nanti Rohingla pun datang sini beranak macam lipas pehtu buat sial. Eeee.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 06:16 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-1-2025 02:18 AM

indon jadi perompak, pecah rumah, kaki klim, Bangla jadi peniaga haram, jadi doctor haram, pembuat document palsu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2025 07:15 PM | Show all posts
Mahathirina replied at 24-1-2025 05:50 PM
Sampai menyamar jadi doktor?  Wah, nampak sangat tak heran dengan polis sini.

"...menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit melalui doktor warga Bangladesh yang tidak bertauliah dengan menyasar warga negara terbabit sahaja"


target market bangsa2 dia juga. Aku rasa mereka bukan tak tau pun itu bukan doktor but they don't care, janji dapat beli ubat murah.


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin doktor tak bertauliah ni set2 ada medical education kat Bangladesh tapi tak diiktiraf MMC di sini. So dia buka klinik untuk orang dia kat sini dengan jual ubat yang import dari sana kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 kita pg klinik, Dr Bangla ni yg consult n bg ubat. Mn la Tau kan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 08:18 PM | Show all posts
Syabas kepada nama-nama yang disebut diatas. Bersusah payah turun Keyel bantu operasi. Semoga tahun 2025 lebih aggressive hapuskan bangla hanat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Betol ke mensasarkan rkyt warga tersebut sajo ? Takde org tsilap mai ke bwk ank demam ke cirit birit ke apo
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau: "Apa saiya salah abang..bukan  ...

InsyaAllah dalam setahun dua lagi,kami akan jadi menteri.
Anower hosain.[em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
risau pulak kita kalau menyamar jadi doktor sakit puan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 05:49 PM | Show all posts
Depa mmg doktor...tapi lesen tak laku kat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanat betul...sampai menyamar jadi doktor..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 12:10 AM | Show all posts
otai_g: Ntah2 kita pg klinik, Dr Bangla ni yg consult n bg ubat. Mn la Tau kan..

kalau tengok dr tu kulit hitam gelap. kena jaga jaga la lepas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2025 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin parah aktiviti2 warga asing di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 10:12 AM | Show all posts
Decaffeinated: "... menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit melalui doktor warga Bangladesh yang tidak bertauliah dengan menyasar warga negara terbabit sahaja"    ta ...


mungkin di bangladesh dia doktor betul. tu sebab dia buka klinik kat malaysia utk warga dia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.090768 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list