View: 3604|Reply: 7
|
[Dunia]
Saintis jumpa dua gunung 100 kali lebih tinggi daripada Everest, dianggarkan berusia sekurang-kurangnya setengah bilion tahun
[Copy link]
|
|
AMSTERDAM – Dua gunung rahsia ditemui oleh sekumpulan saintis disahkan melebihi 100 kali ganda tinggi Gunung Everest di Nepal yang memiliki ketinggian 8,800 meter, lapor laman berita MailOnline kelmarin
Penemuan itu dibuat oleh kumpulan saintis Universiti Utrecht di Belanda.
Mereka berkata, dua gunung setinggi 1,000 kilometer itu terletak di sempadan di antara teras dengan lapisan mantel Bumi di bawah Benua Afrika dan Lautan Pasifik
Dua gunung itu dianggarkan berusia sekurang-kurangnya setengah bilion tahun dan dipercayai wujud selepas pembentukan Bumi, empat bilion tahun lalu.
Ketua kajian, Dr. Arwen Deuss berkata: “Tiada siapa yang tahu sama ada dua gunung ini hanya fenomena sementara atau jika ia telah wujud selama berjuta-juta atau mungkin berbilion-bilion tahun.”
Sebelum ini, saintis-saintis mengetahui bahawa terdapat struktur besar yang tersembunyi jauh di dalam mantel Bumi.
Maklumat itu diketahui mungkin kerana gelombang kejutan seismik yang berlaku akibat bencana gempa bumi yang kemudian merebak ke bahagian dalam planet ini. – AGENSI
Sumber : – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nadie90 at 25-1-2025 04:12 PM
Maksudnya terletak di bawah kerak bumi...hrp ada gmbr la....mcm mana la rupa dia huhu
La brea is real
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara teras dan mantel = kerak. Tp ia dikira sbg gunung .
Gunung merupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa kawasan di sekitarnya mendedahkan batuan dasar; sebuah gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit antara 300–600 meter dari aras laut.[1]
Tp gunung berapi bwh laut pon pggil gunung kn walau di dlm lautan |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la tak nampak , puncaknya pun dalam laut walaupun gunung setinggi 880 km. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah gunung qaf ni - tanjakian |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dalam air tp gunung tu dalam tanah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|