CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24718|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa FAMA, KPDN siasat harga bawang merah India

  [Copy link]
Post time 8-1-2024 06:41 PM | Show all posts |Read mode
CAP gesa FAMA, KPDN siasat harga bawang merah India

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
08 Januari 2024 05:53pm




CAP menggesa FAMA dan KPDN untuk menyiasat segera kenaikan harga bawang di pasaran. Gambar kecil: Mohideen




GEORGE TOWN -  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya menjalankan siasatan segera ke atas kenaikan harga bawang merah India.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, kenaikkan yang disifatkan terlalu tinggi itu amat membimbangkan kerana ia jelas membebankan pengguna.



"CAP amat bimbang dengan kenaikan harga bawang merah India yang dijual di pasaran di negeri ini. Tinjauan di pasaran yang dijalankan menunjukkan harga bawang yang diimport dari India ketika meningkat kepada RM9 sekilogram.

"Semasa perayaan Krismas, harga bawang dikawal pada RM5 sekilogram dan telah meningkat hampir 100 peratus dalam tempoh kira-kira dua minggu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.



Sehubungan itu, Mohideen menggesa pihak berkuasa berkaitan menyiasat sama ada kenaikan harga bawang merah India tersebut wajar atau sebaliknya.
"Kita juga menggesa KPDN dan FAMA memeriksa kualiti bawang yang dijual di pasaran.
"Ini kerana, pemborong mendakwa salah satu faktor kenaikan harga bawang adalah kerana bekalan dari India telah dihentikan.

"Mereka juga mendakwa, daripada satu guni 10 kilogram bawang import, hanya 60 peratus sahaja boleh dijual, selebihnya telah rosak dan busuk," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.060177 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list