CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12054|Reply: 0

[Sabah] Gangguan air mungkin disebabkan perbuatan khianat

[Copy link]
Post time 7-1-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Chew (kiri) ketika meninjau masalah bekalan air.

SANDAKAN: Penduduk serta peniaga sekitar Pasar Lama Tanah Merah di sini berhadapan dengan gangguan air selama tiga hari baru-baru ini.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, setelah menerima aduan berkenaan, beliau segera pergi membuat pemeriksaan.

"Saya dapati bekalan air di meter bergerak, bagaimanapun mungkin gangguan bekalan disebabkan saluran meter itu berkarat, atau ditutup oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya memohon kepada pengadu untuk memberikan satu salinan bil air kepada pejabat Unit PPM Karamunting agar perkara ini dapat disampaikan kepada pihak berwajib," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau menghargai tindakan pantas Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang berjaya menyelesaikan masalah lampu jalan yang rosak di Bangunan Wisma WeMin Jalan Leila.


SELESAI: SESB berjaya membaiki lampu jalan yang rosak seperti yang dimaklumkan UPPM Karamunting.

Selain itu katanya, SESB juga berjaya menyelenggara tujuh lampu jalan di perkampungan Bukit Combo Kampung Gelam.

"UPPM Karamunting mengucapkan terima kasih kepada SESB kerana mengambil maklum kesemua aduan-aduan yang dikemukakan ini," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.497298 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list