CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7599|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Jangan bagi rakyat tunggu air, biar air tunggu rakyat'- Guan Eng

[Copy link]
Post time 7-1-2024 01:27 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular yang memaparkan Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng 'menegur' Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir K Pathmanathan dalam satu sesi taklimat gangguan bekalan air berjadual selama empat hari di Pulau Pinang bermula Rabu ini. VIDEO TULAR IHSAN PEMBACA

Georgetown: "Kalau boleh kita pastikan, jangan bagi rakyat tunggu air, biar air tunggu rakyat," itu teguran Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir K Pathmanathan dalam satu klip video yang tular, baru-baru ini.

Difahamkan, video itu dirakam pada sesi taklimat tertutup anjuran PBAPP di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada Rabu lalu, yang kemudiannya dikongsi secara meluas terutama menerusi aplikasi 'WhatsApp'.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut meluahkan rasa kurang puas hati dengan saranan supaya rakyat bertanggungjawab menyimpan cukup air sekurang-kurangnya dalam tempoh dua hari.

Beliau turut berpandangan, sebahagian besar penduduk Pulau Pinang mempunyai ruang terhad di kediaman mereka.



"Tempat kita kecil, mana cukup tempat untuk simpan banyak air? Perkara lain ialah menjadi tanggungjawab kita memberikan air, jangan kata rakyat bertanggungjawab (simpan air).

"Jangan lupa, kita kerajaan, tugas asas ialah bagi air kepada rakyat. Sebab itu saya kata, bila anda cakap semua 'point' pada mulanya saya rasa gembira.

"Tetapi bila saya dengar anda kata air itu tidak tahu bila boleh datang atau tak boleh datang...habis," katanya menerusi video berdurasi 1 minit 29 saat itu.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih turut menggesa lebih banyak lori tangki air ditempatkan di kawasan kritikal dan beliau berpandangan jumlah lori tangki yang dinyatakan semasa sesi taklimat tersebut masih belum mencukupi.

"Saya harap kalau boleh, untuk tempoh masa ini, boleh sewa lebih banyak tangki lori air. Kalau tidak cukup, tambah lagi boleh ambil dari luar negeri. Bagi lebih pada kawasan kritikal macam Bayan Lepas.

"Saya fikir kena belanja lebih sikit jangan fikir untuk jimatkan wang sekarang bukan masa berjimat kerana kehidupan rakyat tergugat tolonglah 'Mr CEO' terima kasih," katanya.

Semalam, Pathmanathan menerusi kenyataan media berkata, PBAPP akan menggunakan 99 lori tangki untuk menghantar air kepada pengguna terjejas berikutan gangguan air berjadual selama empat hari bermula 10 Januari ini.

Beliau berkata, ia adalah kumpulan lori tangki air terbesar digunakan dalam sejarah bekalan air Pulau Pinang, termasuk 27 tangki jumbo yang disewa dan boleh menyimpan sehingga 40,000 liter air terawat.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ggu-rakyat-guan-eng

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.341020 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list