CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12001|Reply: 0

[Sabah] PTR 2.0 akan diluaskan ke kawasan pedalaman: Suryady

[Copy link]
Post time 7-1-2024 07:33 AM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan akan memperkemas dan memperluaskan lagi inisiatif Pusat Tuisyen Rakyat (PTR) 2.0 terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman pada tahun ini.



Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, pihaknya akan cuba meningkatkan jumlah pelajar PTR 2.0 mengikut situasi semasa.

Katanya, sambutan PTR dalam kalangan pelajar sangat memberangsangkan dan ia sudah pasti akan diberi perhatian sepenuhnya bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

“Pada tahun lalu, projek PTR adalah percubaan (projek pilot) untuk melihat sejauh mana sambutan dan keberkesanannya kepada pelajar di parlimen Kalabakan.

“Kita melihat sambutannya memang sangat menggalakkan dan banyak permintaan yang diterima terutamanya pelajar dari golongan keluarga B40,” katanya.



Beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata demikian ketika ditemui dalam Program PTR Empowering Camp 2.0, di sini semalam.

Menurutnya, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan akan memastikan pelajar luar bandar turut mendapat akses pendidikan tambahan selain di sekolah.

“Sebagai pemimpin melihat inisiatif PTR ini sudah menjadi keperluan kerana ia dapat membantu pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Sementara itu, Suryady berkata, Program PTR Empowering Camp 2.0 ini adalah memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menerima pemantapan akademik sebelum peperiksaan SPM bermula.

Katanya, program ini secara tidak langsung dapat menyuntik semangat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.



“Saya difahamkan program ini melibatkan seramai 300 orang pelajar daripada empat buah sekolah iaitu SMK Umas-Umas, SMK Kalabakan, SMK Wallace Bay dan SMK Abaka.

“Saya juga percaya program ini menjadi batu loncatan kepada peserta untuk mengekalkan momentum dengan semangat baharu sebelum menghadapi peperiksaan SPM,” katanya.

Suryady berharap semua pelajar yang mengikuti program ini memperoleh kejayaan dalam peperiksaan dan tidak menjadikan kawasan luar bandar sebagai alasan untuk tidak mencapai kecemerlangan.

“Kita mahukan keputusan peperiksaan SPM di parlimen Kalabakan tahun ini dapat bersaing dengan sekolah-sekolah yang berada di kawasan bandar,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tawau, Matnoor Sima dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kalabakan, Saripudin Nuhalim.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.092317 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list