CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12053|Reply: 0

[Sabah] Wataniah platform terbaik memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan belia: Ronald

[Copy link]
Post time 7-1-2024 07:24 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Askar Wataniah merupakan platform terbaik untuk memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan belia di negara ini, kata Tokoh Perniagaan Kota Kinabalu Ronald Oi Han Yi.


Beliau mengakui bahawa, sejak menyertai Askar Wataniah, beliau kini lebih memahami kepentingan semangat nasionalisme khususnya dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau juga menjelaskan, penyertaannya dalam Askar Wataniah adalah dorongan daripada ayahnya Datuk Robin Oi.
"Askar Wataniah adalah pasukan simpanan tentera Malaysia dan mempunyai peranan yang sama seperti tentera dalam usaha melindungi kedaulatan negara.

"Ia merupakan sebuah unit sukarelawan yang penting dalam pertahanan negara atau ketika berhadapan dengan sebarang ancaman atau cabaran.



"Oleh itu, adalah perlu dan penting untuk meningkatkan jumlah ahli regimen Askar Wataniah dari semasa ke semasa dan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang
kemungkinan," kata Ronald yang baru-baru ini telah dianugerahkan pangkat Mejar (Kehormat) dalam regimen Askar Wataniah.

Beliau maka berikrar sedaya upaya untuk membantu menarik lebih ramai belia dalam komuniti Cina untuk menyertai regimen berkenaan.

Beliau menerima anugerah itu dalam satu majlis Pemakaian Pangkat yang diadakan di Kem Lok Kawi Rejimen ke-6 Artileri Diraja pada 30 Disember 2023. Pelantikannya berkuat kuasa sejak 29 September 2023.

"Saya merancang untuk menggunakan rangkaian perniagaan dan kemahiran pengurusan dengan sebaik mungkin bagi menarik lebih ramai belia dari kalangan profesional dan bukan Melayu menyertai regimen ini.

"Sehingga kini, keahlian Askar Wataniah di Sabah untuk mereka yang berbangsa Cina hanya sekitar lima peratus sahaja," katanya.


Ronald kini adalah Pengarah Urusan OBM Agency Services (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang khusus berniaga dalam bidang motosikal dan kenderaan.

Beliau juga terlibat dalam perniagaan lain seperti dalam sektor hartanah, ladang kelapa sawit, barang kemas, makanan dan minuman (F&B), pelancongan serta hospitaliti.

Beliau memberikan jaminan akan bekerjasama rapat dengan kepimpinan dan pengurusan Askar Wataniah bagi merancang program latihan kemahiran yang menarik serta aktiviti sosial yang memenuhi kehendak, selera serta gaya hidup golongan muda hari ini.

Beliau juga berhasrat akan untuk menambahkan ahli Askar Wataniah dari lepasan institusi pengajian tinggi, dewan perniagaan Cina dan pertubuhan masyarakat Cina.

"Saya berharap lebih ramai belia dari kalangan kaum Cina akan menyertai Askar Wataniah pada masa hadapan. Selain itu, anda berpeluang untuk berkhidmat kepada negara.

"Menyertai Askar Wataniah bukan sahaja membantu seseorang itu mengasah kemahiran baharu tetapi juga menerima latihan dari pelbagai segi seperti kepimpinan dan kerja sepasukan.

"Ia juga membantu memberikan peluang untuk memperkasakan kerjaya, pembangunan kendiri dan menerima imbuhan kewangan dari perkhidmatan anda," katanya.

Sementara itu, dalam majlis Pemakaian Pangkat yang diadakan baru-baru ini, seramai 11 Pegawai Kanan Tentera Darat dinaikan pangkat untuk menabur khidmat bakti kepada pertahanan negara.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Senarai pertama pegawai kanan yang dinaikkan pangkat adalah Mejar  Jeneral Ahmad Najib Othman yang menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMB TD) berkuat kuasa pada 11 Disember 2023.

Seterusnya, mendahului senarai bagi pemakaian pangkat pegawai berpangkat Kolonel kepada Pemangku Brigedier Jeneral adalah Kolonel Mohd Rosli Abu Bakar, Kolonel Jagjit Singh a/l Indar Singh, Kolonel (Dr) Mohd Rafizi Mohamed Rus, Kolonel Ahmad Jaidi Ali dan Kolonel Samsyawal Muhamad yang masing-masing berkuat kuasa pada awal Januari 2024.

Dinaikkan pangkat kepada Pemangku Kolonel dan setaraf adalah seramai dua orang iaitu Leftenan Kolonel Mohamad Wasli Musa dan Leftenan Kolonel Ahmad Zamberi Ishak.

Bagi pegawai berpangkat Mejar kepada Pemangku Leftenan Kolonel, seramai tiga orang pegawai telah dinaikkan pangkat iaitu Mejar Ejau ak Ajot, Mejar (Dr) Ainul Arina Asli dan Mejar (Dr) Farah Najuani Abdul Manap yang mana berkuat kuasa pada 11 Disember 2023.

Pemakaian pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah kepada  Mejar (Kehormat) Ronald Oi Han Yi sebagai Ahli Turut Hadir Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Sabah.

Muhammad dalam ucapannya mengingatkan agar kesemua Pegawai Kanan yang dinaikkan pangkat pada majlis berkenaan untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah di masa hadapan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Hj Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zaidan Atan serta barisan Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia serta Datuk Robin Oi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.095517 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list