CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12063|Reply: 2

[Sabah] Cubaan seludup kosmetik dari negara jiran gagal

[Copy link]
Post time 7-1-2024 07:16 AM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas pelbagai jenis kosmetik dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran, di perairan Sungai Pukul Sebatik, di sini semalam.


Bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Sejahtera dan Op Pluto Timur mengesan sebuah bot kargo tempatan dalam keadaan mencurigakan bergerak dari Pulau Sebatik menuju ke Perairan Tawau.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot berkenaan ditahan di kedudukan 1.9 batu nautika utara Sungai Pukul, di sini.

“Pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki pemegang pasport warga asing berusia 35 tahun bertindak selaku juragan membawa muatan hasil pertanian iaitu pisang.

“Pemeriksaan menyeluruh ke atas bot berkenaan menemukan pelbagai barangan kosmetik yang disembunyikan di bawah timbunan pisang dipercayai dari negara jiran,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

RAMPAS: Semua barang kosmetik yang dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran dirampas.
Katanya, pemeriksaan ke atas dokumentasi seterusnya mendapati juragan terbabit gagal mengemukakan permit serta lesen yang sah berkaitan barangan kosmetik yang dibawa.

“Antara produk yang ditemukan iaitu 423 set kosmetik, 264 botol minyak angin, 200 botol penyembur penyahbau pelbagai jenama dan beberapa produk kesihatan yang didaftarkan di negara jiran.

“Bot, muatan serta juragan ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk disiasat mengikut Akta Kastam 1967, Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.

Beliau berkata, semua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM56,000.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

“Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2024 12:17 PM | Show all posts
kosmetik dari negara jiran ni produk ape yg dpt permintaan sgt hinggakan gigih seludup?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 12:19 PM | Show all posts
owh ye hasil aku screen kat shopee salah satu produk dlm gmbr, keluar produk nama Kelly. ok ke produk tu? ramai yg beli, sb tgk sampai 4k lbh yg beli. ada bahan terlarang tak, sb tgk komen org pakai menjadi gebus gebas. soheh ada bhn terlarang ni cepat sgt jd lawa kulitnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.906874 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list