CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15837|Reply: 0

[Pulau Pinang] 99 lori tangki sediakan 1.9 juta liter air bersih sepanjang gangguan bekalan

[Copy link]
Post time 6-1-2024 12:13 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan.

GEORGETOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) akan menyediakan 99 lori tangki untuk menghantar air kepada pengguna terjejas berikutan gangguan air berjadual selama empat hari bermula 10 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, K Pathmanathan, berkata ia adalah jumlah lori tangki air terbesar pernah digunakan dalam sejarah bekalan air Pulau Pinang termasuk 27 tangki bersaiz jumbo yang disewa khas dan mampu menyimpan sehingga 40,000 liter air terawat.

"PBAPP akan menempatkan 15 lori tangki Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkapasiti 5,000 hingga 10,000 liter dan 34 lori tangki Pasukan Bomba Sukarela (PBS) mengikut pelan pemulihan bekalan air berperingkat yang telah diumumkan bulan lalu.

"Selain itu kami turut akan menggunakan 34 lori tangki Pasukan Bomba Sukarela (PBS), lori tangki PBAPP (8), lori tangki Majlis Bandaraya Pulau Pinang (8) dan tujuh lori tangki Majlis Bandaraya Seberang Perai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Pathmanathan berkata, selain daripada lori tangki, PBAPP pada ketika ini sedang memasang sejumlah 97 tangki air statik termasuk 'tangki fleksi gajah' yang mempunyai kapasiti maksimum 24,000 liter bagi setiap tangki.

Beliau memaklumkan, tangki fleksi gajah yang disewa itu akan ditempatkan di kawasan kritikal seperti Balik Pulau, Batu Maung, Batu Uban, Bukit Tengah, Bayan Lepas, Jawi, Pantai Jerejak, Paya Terubong, Pulau Betong dan Sungai Acheh.

Menurutnya, tangki fleksi gajah dan tangki statik biasa dengan kapasiti 2,500 liter setiap satu yang dipasang PBAPP berkenaan adalah tambahan kepada tangki air yang ditempatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.

"Semua tangki statik termasuk tangki yang disediakan ADUN dan Ahli Parlimen akan diisi semula secara berkala oleh kumpulan lori tangki air yang bakal digerakkan sepanjang tempoh tersebut.

"PBAPP merancang untuk membekalkan kira-kira 1.85 juta liter air terawat sehari (JLH) melalui kumpulan tangki air dan tangki statik ketika gangguan air berjadual dari 6 pagi, 10 Januari hingga 6 pagi, 14 Januari," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -sepanjang-gangguan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062457 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list