CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19266|Reply: 9

[Jenayah] Menyebabkan Jadi Lebih Berat, Bertindak Seakan-Akan Belon!

  [Copy link]
Post time 5-1-2024 09:36 PM | Show all posts |Read mode


Isu pemakaian pakaian renang merupakan topik yang agak sensitif di Malaysia, namun pihak berkuasa menekankan kepentingan pemakaian pakaian tersebut disebabkan rekaan dan bahan yang digunakan untuk membuat pakaian renang itu akan memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan semasa berenang.

Menurut Asistant Superintendent Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor, Khairulnizam Zainordin, orang awam perlu cakna tentang kepentingan pemilihan pakaian untuk aktiviti berenang atau air ini.

Tambahnya lagi, rekaan dan bahan yang digunakan untuk membuat pakaian boleh memberikan kesan yang ketara untuk mengelakkan berlakunya kecelakaan semasa terlibat dalam aktiviti akuatik.

Khairulnizam berkata, pihak berkuasa akui yang orang ramai akan memakai apa sahaja yang mereka ada tanpa memikirkan aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti air seperti berenang. Jadi, pemilihan pakaian yang salah dari segi bahan dan rekaan boleh meningkatkan risiko lemas.

Selain itu, hal ini sering berlaku kepada wanita yang biasanya beragama Islam kerana mereka akan mengenakan tudung semasa mandi dan mengenakan pakaian yang longgar.

Katanya lagi, hal ini menyebabkan pihaknya sukar untuk menyampaikan maklumat berkenaan keselamatan yang berkaitan dengan pakaian kerana ia agak sensitif dan melibatkan agama.

Tambahnya lagi, ada juga pengawal keselamatan (di tepi kolam) yang berdepan dengan kesukaran untuk menyelamatkan mangsa lemas kerana pakaian mangsa.

Khairulnizam mencadangkan orang ramai mengenakan pakaian renang yang bersesuai untuk tujuan keselamatan, bahkan kini sudah ada banyak jenama yang mengeluarkan pakaian renang muslimah.

Sekiranya pakaian longgar dikenakan, ia akan bertindak seakan-akan belon di dalam air dan memerangkap air tersebut dan menyebabkan pakaian akan menjadi lebih berat dan ia juga bakal menyukarkan proses penyelamatan.

Kenyataan Khairulnizam tersebut dikeluarkan susulan video yang tular di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan seorang gadis hampir lemas ketika mandi di Sungai Sedim di Kedah.

Menurut video tersebut, gadis yang memakai baju lengan panjang serta mengenakan tudung tersebut kelihatan sukar untuk mengapungkan diri selepas tudungnya telah menutupi bahagian kepala.

Nasibnya agak baik kerana ada pengunjung lain yang sedar akan kejadian tersebut dan bertindak untuk menyelamatkannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2024 11:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Beza pakaian yg kat depan dengan acik kepam kat belakang nun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu pembelajaran sains itu penting.
Unless ko influenza terpaling, tak sekolah pun takpa dgn alasan ilmu tu tak perlu dan tak digunakan pun utk kehidupan seharian.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu omputeh cipta bkkini .senang. Takda air bnyak diserap oleh fabrik
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 6-1-2024 11:23 AM
Sebab tu omputeh cipta bkkini .senang. Takda air bnyak diserap oleh fabrik

Dan tudung kepala dicipta persis balaclava.
Jika tenggelam tidak akan menggerbang seperti kain tudung yg biasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2024 01:38 PM | Show all posts
Nak tiru sangat pakaian arab sejak seribu tahun dahulu. Arab tu makhluk padang pasir nak jumpa kolam pun susah mana dia kisah nak berenang.

Otak ada buat simpan dalam balang ja. Kata bodoh kang sentap pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau betul nak jaga aurat utk muslimah jangan gatai meghela la nak mandi2 di public (pool+pantai+sungai). pakai la kelubung lagumana skalipun baju tu akan melekap rapat ke body kalau kene air, so tang mana nak jaga auratnya???
kalau betul nak jaga aurat dan masih nak mandi2 jugak perlukan kos agak tggi (cari hotel ada private pool/jakuzi).
ni gigih membahayakan. ada yg i jmp siap pakai stoking dlm pool (iols cepat2 keluar pool)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2024 10:57 PM | Show all posts
boikot belon
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 6-1-2024 11:23 AM
Sebab tu omputeh cipta bkkini .senang. Takda air bnyak diserap oleh fabrik

Gunakanlah micro bikini.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.073059 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list