CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9382|Reply: 0

[Terengganu] 3 syif agih air kepada penduduk

[Copy link]
Post time 4-1-2024 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Ismail (kanan) melihat Muhamad Hakim Zulfikri Awang mengisi air ke dalam tong air milik penduduk di kawasan Limbongan, Kampung Raja, Besut, di sini. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: Lebih 80 sukarelawan bergilir-gilir membantu mengagihkan bekalan air ke kawasan terjejas gangguan bekalan air sekitar kawasan Kota Putera, Bukit Keluang serta Kampung Raja sejak Jumaat lalu.

Pengarah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Khidmat Malaysia, Ismail Ab Rahman berkata, mereka akan bergilir mengikut tiga syif yang ditetapkan.

Katanya, syif pertama bermula pada jam 9 pagi sehingga 2 petang, kedua pada jam 3 petang sehingga 6 petang manakala yang ketiga waktu malam sehingga 2 pagi menghantar air sekitar kawasan Limbongan, Demong, Air Tawar, Pengkalan Nyireh serta kawasan terjejas.

"Setiap sukarelawan akan membantu mengambil air dari jentera 'water tanker'


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Dataran Limbongan sebelum dihantar ke tangki statik serta kawasan rumah penduduk.

"Setakat ini terdapat 20 pacuan empat roda yang digunakan secara bergilir dan setiap kenderaan dilengkapi dengan tangki serta pam air," katanya ketika ditemui di Dataran Limbongan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, jumlah sukarelawan dijangka akan bertambah pada esok Jumaat apabila beberapa pasukan Khidmat Malaysia dari daerah lain akan hadir ke sini untuk membantu.

"Kami bekerjasama dengan pihak bomba, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) untuk melancarkan lagi proses agihkan air ke kawasan yang tidak boleh dilalui lori tangki air.

"Penduduk juga disarankan menyediakan tong air di hadapan rumah untuk memudahkan sukarelawan menghantar air terus ke kawasan penempatan mereka," katanya.

Ismail berkata, kebanyakan sukarelawan ini sanggup meluangkan masa untuk melakukan kerja kebajikan ini kerana minat serta dapat mendidik diri membantu orang lain.

Berdasarkan kenyataan SATU, gangguan bekalan membabitkan Tangki Air Bukit Keluang menjejaskan 2,670 akaun pengguna membabitkan 11 kampung dijangka berlarutan selama 21 hari.

Menurutnya, ia berpunca daripada kebocoran paip bersaiz 600 milimeter (mm) di dasar Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu dan gangguan bekalan air berlaku sementara kerja pembaikan dilakukan kontraktor.https://www.hmetro.com.my/mutakh ... air-kepada-penduduk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.163154 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list