CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10104|Reply: 0

[Perlis] Penggunaan internet bebas faktor berlaku kes jenayah seksual

[Copy link]
Post time 3-1-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 3-1-2024 03:20 PM

Penggunaan internet bebas faktor berlaku kes jenayah seksual

Januari 3, 2024 @ 3:12pm



Foto hiasan



KANGAR: Penggunaan telefon pintar yang berleluasa tanpa sebarang batasan adalah salah satu faktor yang menyebabkan jenayah seksual terus meningkat, kata Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim.

Beliau berkata, di Perlis, sejumlah 215 kes jenayah seksual dikendalikan polis dalam tempoh 2019 hingga tahun lalu membabitkan kes jenayah rogol (110), tindakan seksual terhadap kanak-kanak (73 kes), kes sumbang mahram (17 kes) dan kes liwat (15 kes).

Beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Jenayah Seksual di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma di sini, hari ini berkata, kempen kesedaran itu adalah antara usaha polis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk mendedahkan mengenai bahana jenayah seksual kepada orang ramai, terutama para pelajar.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan JPN akan terus meneruskan penganjuran jerayawara di setiap sekolah sama ada sekolah menengah, sekolah rendah, sekolah agama, mahupun IPT di seluruh Perlis sehingga jenayah ini dapat dikawal sekali gus dapat dibanteras sehingga sifar kes," katanya. - BERNAMA









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.349765 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list