CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11069|Reply: 0

[Kelantan] 9 keluarga Orang Asli lari berlindung atas bukit elak gajah liar

[Copy link]
Post time 3-1-2024 12:24 PM | Show all posts |Read mode
9 keluarga Orang Asli lari berlindung atas bukit elak gajah liar


Oleh Paya Linda Yahya - Januari 3, 2024 @ 12:03pm  [email protected]




- Foto hiasan




GUA MUSANG: Sembilan keluarga Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Bujuk, Pos Bihai terpaksa melarikan diri ke atas bukit untuk berlindung selepas kawasan kediaman mereka diceroboh gajah liar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi itu turut memaksa penduduk membina bangsal sementara di atas bukit berkenaan untuk berteduh.

Seorang penduduk, Asu Pandak, 65, berkata dia segera mengejutkan penduduk lain sebaik menyedari kemunculan gajah terbabit memandangkan struktur rumah mereka hanya diperbuat daripada buluh dan boleh dirosakkan dengan mudah oleh haiwan liar itu.

"Menyedari keadaan itu, kami terus melarikan diri ke atas bukit untuk berlindung kerana bimbang gajah terbabit bertindak agresif seperti sebelum ini, yang mana haiwan itu menolak dan merosakkan rumah kami.

"Ini kejadian kedua selepas Oktober tahun lalu. Kami percaya gajah terbabit masih berkeliaran di kawasan kampung dan tidak berani untuk pulang ke rumah," katanya.

Ajid Anjang, 55, pula berkata mereka terpaksa membina bangsal di atas bukit kerana tidak berani untuk kembali ke perkampungan itu.

Katanya, mereka lebih risaukan keselamatan penduduk kerana terdapat juga bayi dan kanak-kanak.

"Untuk sementara waktu ini, kami terpaksa membina bangsal di atas bukit dan meninggalkan kampung.

"Gajah turut merosakkan tanaman kami seperti pisang dan ubi kayu yang menjadi sumber makanan kami penduduk di sini," katanya mengesahkan laporan sudah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu, Zarina Razlan, mengesahkan menerima aduan itu dan bantuan makanan akan dihantar ke Pos Bihai untuk kegunaan penduduk Kampung Bujuk.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.063254 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list